27 December 2016

BERCUTI : HELLO KITTY TOWN

Assalamualaikum.. hi kawan2.. korang ke mana cuti sekolah kali ni?? Kak Zah bawak anak-anak jalan-jalan dekat JB je.. kebetulan family sebelah suami nak datang.. so ajak diorang semua ke HELLO KITTY TOWN!!!

Kebetulan Kak Zah ada dapat kupon tiket BELI 1 PERCUMA 1.. So adalah penjimatan sedikit di situ.. tapi tak boleh beli pada harga MYKAD (RM 100) untuk dua tempat (Hello Kitty Town & Big Club).. so bayar pada harga normal RM125 untuk dua orang.. masih lagi jimat kat situ..Total untuk 4 orang RM250.. Family abang ipar memang dah beli awal-awal masa promo di KL.. so sampai-sampai je dah terus masuk...

Tapi sekarang ni setiap hari dia buat promosi untuk 100 orang pertama boleh BELI 1 PERCUMA 1.. sampai bila lupa pulak nak tanya.. so pada yang nak pergi tu boleh la pegi awal2.. mana tau rezeki, boleh grab promo ni.. 

Tak banyak yang beza sangat permainan dia dari yang dulu.. cuma dari segi persembahan dah lain sikit lah... Ni antara gambar yang sempat diambil semasa di sana.. tapi budak-budak tetap happy... 


Landing di Rumah Hantu Hello Kitty (Kakak kata ni rumah hantu..) 

Melayankan naik mini gondola..

My hubby pun kena naik sama

tooon..toon...


Family abang ipar.. Sara berani mula-mula.. nampak Hello Kitty tu bergerak terus melentik badan tak nak amik gambar.. tapi tangan tetap peace.. :)

Beratur nak buat aktiviti 'paper bag'



Terpaksa naik sebab budak-budak duorang tu nak naik..huhuhu..

otomen!! 

'happy face' je semua...

My family

My little cutieess.. muhammad macam pingu.. :D 

Rumah si kecil...


Ala tomei2.. Geram sangat tengok gambar ni...

Banyak lagi gambar yang tak dikongsi sebab banyak dalam phone suami...Kitorang masuk pukul 11.00 pagi.. keluar pukul 6.30 petang.. Hello Kitty sampai dah tutup lampu tapi budak-budak ni semua masih nak main lagi.. hahahha tak cukup agaknya masa 7 jam dalam tu..

Indoor Team Park yang boleh dicadangkan untuk pergi.. tapi kena standby lebih la duit dalam poket tu tau sebab makanan dalam tu memang agak mahal harganya.. tapi korang boleh je kalau nak keluar kejap pergi makan.. dan masuk balik yang penting tag di tangan tak ditanggalkan...



Cari Supplement Kesihatan?? Pilih Shaklee Untuk Kesihatan Sepanjang Zaman...

*********************************************************************************

UNTUK SEBARANG TEMPAHAN DAN KONSULTASI…


HUBUNGI 

AZIZAH
Pm / whatsapp : 0197665652
Add & pm Fb : Noorazizah Ishak
Like Page : Vita Homes


Dapatkan konsultasi PERCUMA dan TIPS EXCLUSIVE dengan setiap pembelian khas untuk anda! 




COD / PICK UP AREA : Bandaraya Johor Bahru, Bandar Baru Uda, Tampoi, Skudai, Taman U, UTM Skudai, Perumahan Pulai, Kangkar Pulai, Sri Pulai, City Square, CIQ JB, Dataran Sri Gulam, KFC Tampoi, KFC Stulang, KFC Sri Gulam, AEON BIG Taman U, Petron Kip Mart, Petronas Taman Impian Emas, Taman Imigresen, Hutan Bandar, Taman Pelangi, Jalan Kolam Air

No comments:

Post a Comment