27 December 2016

BERAPA BANYAK KITA PERLU MINUM AIR SEHARI??

Assalamualaikum.. Berapa banyak minum air kosong hari ni?

Keperluan air sehari


Tahukah anda keperluan air seseorang bergantung kepada berat badan seseorang individu. Namun, kebiasaannya seorang dewasa memerlukan sekurang-kurangnya 8 gelas air sehari. Tetapi, bagi sesetengah individu, boleh jadi sesuatu yang mustahil untuk minum air sebanyak sekurang-kurangnya 8 gelas sehari. Lagi-lagi bagi mereka yang bekerja di dalam pejabat yang mana tidak menggunakan kudrat 4 kerat yang kuat.


Sebenarnya terdapat beberapa cara yang boleh dipraktikkan untuk memastikan kita dapat minum sekurang-kurangnya 8 gelas air sehari. Di sini saya kongsikan bagaimana cara yang saya gunakan setiap hari.


1) Kenalpasti berapa gelas atau berapa liter air yang diperlukan oleh badan kita setiap hari.


2) Mulakan minum segelas air putih selepas bangun tidur iaitu sebelum ke bilik air untuk cuci muka dan berus gigi.

Jika difikirkan memang terasa agak menggelikan untuk minum air sebelum menggosok gigi. Namun, hakikatnya ia baik untuk sistem perkumuhan badan kita.


3) Amalkan minum segelas air setiap jam iaitu lebih kurang 300ml. Secara automatik, dalam masa 8 jam kita sudah minum sekurang-kurangnya 8 gelas air bersamaan 2.4 liter air;


4) Atau kita boleh juga menggunakan botol air besar. Biasakan diri dengan membawa botol air besar 1 liter atau 2 liter dan habiskan air tersebut dalam sehari. Jika anda menggunakan botol air 1 liter, pastikan anda menambah kuantiti air dalam botol tersebut yakni bersamaan sekurang-kurangnya 2 botol tersebut setiap hari.


5) Biasakan diri untuk tidak terus minum air sejurus selepas makan. Tunggu sekurang-kurangnya 30 minit selepas makan barulah minum air untuk memudahkan proses penghadaman dan mengelakkan rasa mengantuk selepas makan. Apabila kita minum air sejurus selepas makan, perut akan penuh dan sukar untuk kita minum air pada jam berikutnya.


6) Amalkan minum segelas atau dua gelas air putih sebelum tidur untuk proses pembuangan toksin semasa tidur.


** Ibu yang menyusukan bayi dengan susu badan (ASI) perlu mengambil air putih sekurang-kurangnya 3 liter sehari.



*********************************************************************************

UNTUK SEBARANG TEMPAHAN DAN KONSULTASI…


HUBUNGI 

AZIZAH
Pm / whatsapp : 0197665652
Add & pm Fb : Noorazizah Ishak
Like Page : Vita Homes


Dapatkan konsultasi PERCUMA dan TIPS EXCLUSIVE dengan setiap pembelian khas untuk anda! 


COD / PICK UP AREA : Bandaraya Johor Bahru, Bandar Baru Uda, Tampoi, Skudai, Taman U, UTM Skudai, Perumahan Pulai, Kangkar Pulai, Sri Pulai, City Square, CIQ JB, Dataran Sri Gulam, KFC Tampoi, KFC Stulang, KFC Sri Gulam, AEON BIG Taman U, Petron Kip Mart, Petronas Taman Impian Emas, Taman Imigresen, Hutan Bandar, Taman Pelangi, Jalan Kolam Air


No comments:

Post a Comment