25 October 2016

CARA MENCEGAH KEGUGURAN KETIKA HAMIL



Saat usia kandungan masih muda, ibu hamil perlu berhati-hati dan ekstra dalam menjaga dan merawat kandungannya.Ini kerana janin yang masih muda sangat mudah gugur dari rahim. Keguguran janin boleh disebabkan oleh berbagai macam hal, mulai dari gaya hidup, pola makan dan juga faktor ketidaksengajaan.

Banyak cara mencegah keguguran di awal kehamilan. Ibu hamil boleh melakukan cara-cara tersebut untuk mencegah terjadinya keguguran. Ini adalah cara-cara yang boleh dilakukan oleh ibu hamil muda untuk mencegah dan menghindari terjadinya keguguran :

1. Rehat yang mencukupi

Saat hamil muda, ibu hamil hendaklah mempunyai masa rehat yang mencukupi. Rehat yang cukup boleh menghindarkan ibu hamil dari kepenatan. Aktiviti fizikal yang berat juga boleh membuatkan ibu hamil mengalami kontraksi ketika ini dan menjadi penyebab keguguran.


2. Elakkan kepenatan

Bila anda disahkan hamil, elakkan diri dari perkara-perkara yang memenatkan diri anda kerana ia boleh menjadi punca kepada keguguran.


3. Berhati-hati

Ibu hamil perlu sentiasa berhati-hati dan elakkan dari terjatuh, terjatuh boleh membuat rahim mengalami ketegangan. Terjatuh boleh diakibatkan dari tergelincir atau jatuh dari kendaraan bermotor. Oleh sebab itu, ibu hamil tidak boleh memandu motor secara bersendirian dan berhati-hati di tempat yang licin seperti bilik air. Jangan menggunakan alas kaki yang licin pula.


4. Perjalanan Terlalu Lama

Ibu hamil tidak digalakkan untuk melakukan perjalanan yang mengambil tempoh yang lama. Terutamanya jika anda pernah mengalami sejarah keguguran. Jika ibu hamil perlu untuk membuat perjalanan yang jauh atau lama. Ibu hamil perlulah terus berehat bagi mengelakkan kontraksi kepada kandungan. Apa pun sebelum anda membuat perjalanan yang jauh, dapatkan dahulu nasihat dari doktor anda.


5. Hindari Jalan Berlubang

Elakkan dari melalui jalan yang berlubang ia akan memberi kesan stress kepada kandungan anda.


6. Mengangkat Beban Berat

Elakkan mengangkat barang yang mempunyai beban yang berat kerana ketika mengangkat beban yang berat akan membuatkan otot perut bekerja dengan lebih kuat. Ia memberi risiko kepada kandungan anda. So berhati-hati ketika melakukan kerja-kerja berat.


7. Hindari Rokok

Rokok sangat tidak bagus untuk kesihatan, terutama buat kehamilan. Cara membuat anak cerdas sejak dalam kandungan dengan menghindari rokok kerana rokok boleh mengganggu pertumbuhan janin dan kesehatan janin. Tidak hanya itu saja zat nikotin pada rokok bisa menyebabkan janin yang dikandung oleh ibu hamil gugur.


8. Hindari Alkohol

Alkohol adalah minuman yang keras dan memiliki dos tinggi. Sifatnya panas sehingga tidak sesuai untuk janin di dalam rahim. Alkohol yang masuk ke dalam tubuh bisa menyebabkan rasa panas di dalam rahim, sedangkan janin yang ada di dalam rahim tidak bisa berteman dengan efek panas. Akibatnya adalah janin akan gugur dan keluar dari rahim.


9. Mengambil Makanan Yang Berkhasiat

Untuk menghindari keguguran, ibu hamil perlu mengambil makanan yang berkhasiat. Makanan yang berkhasiat untuk ibu hamil boleh menguatkan dan menyihatkan janin yang ada di dalam kandungannya juga.


10. Hindari Anemia

Anemia sangat berbahaya buat hamil kerana anemia akan mengakibatkan risiko yang tinggi terhadap kandungan anda. Sebab tu nurse di KK selalu memantau tahap HB ibu hamil bagi memastikan ia tidak memberi risiko terhadap kandungan dan bayi.


Terdapat banyak lagi cara untuk ibu menjaga kesihatan kandungan dan juga bayi. Yang pastinya sekiranya ibu menjaga makan dan kesihatan InsyaAllah kandungan juga akan sihat. Jika ibu-ibu pernah mengalami keguguran dari kandungan sebelum ni.. Saya sangat sarankan untuk ibu hamil mengamalkan SET KEHAMILAN SHAKLEE yang mana ia membantu secara menyeluruh kesihatan ibu dan bayi.


Dapatkan lebih info tentang SET KEHAMILAN SHAKLEE di sini...

Jaga kesihatan ibu-ibu di luar sana.. Nantikan cahaya mata yang comel yang bakal hadir menyinari hidup anda dan pasangan..


*********************************************************************************

UNTUK SEBARANG TEMPAHAN DAN KONSULTASI…


HUBUNGI 

AZIZAH
Pm / whatsapp : 0197665652
Add & pm Fb : Noorazizah Ishak
Like Page : Vita Homes


Dapatkan konsultasi PERCUMA dan TIPS EXCLUSIVE dengan setiap pembelian khas untuk anda! 


COD / PICK UP AREA : Bandaraya Johor Bahru, Bandar Baru Uda, Tampoi, Skudai, Taman U, UTM Skudai, Perumahan Pulai, Kangkar Pulai, Sri Pulai, City Square, CIQ JB, Dataran Sri Gulam, KFC Tampoi, KFC Stulang, KFC Sri Gulam, AEON BIG Taman U, Petron Kip Mart, Petronas Taman Impian Emas, Taman Imigresen, Hutan Bandar, Taman Pelangi, Jalan Kolam Air

No comments:

Post a Comment