30 June 2016

IKHLAS TERCIPTA DARI TERPAKSA

Assalamualaikum semua...

Selalu benda ni berlaku dalam diri Zah... bila terbaca status Master ni... terdetik yang Zah juga ada rasa yang sama... Aku buat semua ibadah untuk murah rezeki... tapi kat mana keikhlasan aku... kadang buat diri berhenti untuk beribadah.. tapi bila tinggal aku rasa kosong...

Tapi kalau aku tak mula kan semua tu.. sampai bila pulak nak mulakan... biarlah pada mulanya terpaksa.. kerana ikhlas itu akan tercipta dengan sendirinya..



Jom baca perkongsian dari Master Nana... 


Masa awal-awal nak berubah ke arah lebih baik dulu, selalu tertanya tanya dalam hati..

"Aku ni sebenarnya ikhlas ke tidak dalam beribadah? Atau aku buat semua ni semata-mata sebab nakkan rezeki aku dimurahkan oleh Allah je?"

Sampai kadang-kadang tu dok terfikir fikir tu last-last tak buat pun..

Then bila nana banyak rujuk pada ustaz2 dan ahli agama, takde sorang pun ustaz atau ahli agama yang tegah nana dari buat apa-apa amal ibadah walaupun dengan niat untuk murahkan rezeki..

And nana masih ingat perkongsian seorang ustaz.. Kata beliau, hendak sampai ke tahap ikhlas, kita memang terpaksa melalui perasaan riak, terpaksa melalui perasaan mementingkan dunia dan sebagainya..

Sebab apa? Sebab kita MANUSIA BIASA..

Kita bukan maksum.. Kita bukan nabi..

Kita belum sampai tahap nak buat apa-apa ibadah sampai langsung tak harap balasan dunia..

Kita belum sampai tahap macam tu lagi..

TAPI, at least kita BUAT.. At least kita BERMULA..

Nak tunggu perasaan ikhlas datang baru nak buat, agak-agak kita, kita akan buat tak?

Nak tunggu betul2 ikhlas nak solat Dhuha baru nak solat, agak agak kita akan solat tak?

Nak tunggu betul2 ikhlas sedekah baru nak sedekah, agak2 kita akan sedekah tak?

Tapi InshaAllah, perbuatan yang kita lakukan yang dimulai dengan niat untuk dapatkan ganjaran dunia.. Yang kita lakukan dengan istiqamah.. InshaAllah lama-lama akan menerbitkan satu rasa ikhlas yang paling dalam..

InshaAllah..

Kejap tadi, masa nak hulur duit nak kirim pada suami untuk sedekah pada Masjid, kalau selalu aku akan doa macam-macam.. Doa nak murah rezeki, doa dipermudahkan capai impian, dipermudahkan jadi jutawan blablabla..

Sampai ke saat tadi, terdetik dalam hati.. "Allah dah bagi aku lebih daripada apa yang aku selayaknya dapat.. Maka sedekah ini tanda kesyukuran aku kepada Allah di atas segalanya.. Moga ada manfaat dari sedekah ini untuk mana-mana insan.. Moga klau tiada ganjaran untuk aku di dunia, moga kau balas dengan ganjaran di akhirat kelak"

Mungkin betul apa yang ustaz selalu cakap.. Mulakan ibadah walaupun niat untuk dapat dunia.. Kerana lama-kelamaan, ikhlas tu pasti akan datang sendiri..

InshaAllah..

Kredit fb : Master Nana Macarona

********************************************************************************

UNTUK SEBARANG TEMPAHAN DAN KONSULTASI…

HUBUNGI
AZIZAH
Pm / whatsapp : 0197665652
Add & pm Fb : Noorazizah Ishak
Like Page : Vita Homes

PENGGUNA TEGAR SHAKLEE SEJAK 2010

Dapatkan konsultasi PERCUMA dan TIPS EXCLUSIVE dengan setiap pembelian khas untuk anda!
COD / PICK UP AREA : Bandaraya Johor Bahru, Bandar Baru Uda, Tampoi, Skudai, Taman U, UTM Skudai, Perumahan Pulai, Kangkar Pulai, Sri Pulai, City Square, CIQ JB, Dataran Sri Gulam, KFC Tampoi, KFC Stulang, KFC Sri Gulam, AEON BIG Taman U, Petron Kip Mart, Petronas Taman Impian Emas, Taman Imigresen, Hutan Bandar, Taman Pelangi, Jalan Kolam Air

PENGHANTARAN : SELURUH MALAYSIA!!!

No comments:

Post a Comment