24 September 2015

SUSU IBU CAIR?? KUALITI @ TIDAK

Susu ibu cair?? Betul ke tak berkualiti??

Seringkali soalan ini dipersoalkan ibu-ibu yang menyusui. Benarkah susu ibu cair tidak berkualiti dan menyebabkan anak tidak puas menyusu.

Jadi ramai ibu yang risau anak tidak kenyang sepenuhnya dengan susu ibu dan ragu-ragu dengan kualiti susu sendiri. Dan ini juga faktor utama membuatkan ibu-ibu mencampur atau bertukar terus kepada susu formula.

Apa yang ibu perlu tahu susu ibu tidak sama dengan susu formula yang lebih pekat dan kekuningan warnanya. Susu ibu kelihatan cair adalah normal dan ia bergantung kepada beberapa faktor penting seperti pemakanan ibu dan cuaca.

Sekilas fakta tentang susu ibu:

Di awal penyusuan, susu sememangnya lebih cair dan dikenali sebagai ‘foremilk’. Ia cair untuk menghilangkan dahaga bayi terlebih dahulu.

Di akhir penyusuan, susu lebih berlemak dan dikenali sebagai ‘hindmilk’. Hindmilk lebih pekat, berlemak, berkhasiat tinggi dan betujuan untuk mengenyangkan si manja anda.

Berkaitan dengan ‘foremilk’ dan ‘hindmilk’ juga, jika bayi anda tidak mengalami kenaikan berat yang sepatutnya, antara perkara utama anda perlu pastikan adalah bayi anda mendapat ‘hindmilk’ kerana ‘hindmilk’ lah yang membantu bayi kita membesar dan naik berat badan. Bayi tidak naik berat kemungkinan besar tidak mendapat ‘hindmilk’ dari anda. Jadi pastikan bayi anda menyusu lebih lama untuk membolehkan dia mendapat ‘hindmilk’.

Tahukah anda:

Apabila cuaca panas, susu ibu akan lebih cair dari biasa untuk membolehkan bayi mendapat lebih banyak air untuk menghilangkan rasa dahaga & mengelakkan badan dari penghidaratan (kekurangan air)

Apabila cuaca sejuk, susu menjadi lebih pekat dan mengandungi lebih banyak lemak dari biasa untuk membolehkan bayi mendapat tenaga, lebih banyak khasiat dan lebih kenyang untuk berada dalam suasana sejuk.

Apabila anda demam, suhu dalam badan akan panas menyebabkan susu ibu lebih cair.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Jadi jika anda lihat susu ibu yang diperah masih mempunyai lapisan lemak walaupun kelihatan cair, itu bererti susu ibu itu tetap mempunyai khasiat yang diperlukan bayi walaupun ia tidak pekat. Tetapi cairnya susu ibu adalah proses biologi tubuh menandakan ibu perlu teliti semua rutin ibu kebelakangan ini dan atasi masalah tersebut.

Antara faktor utama susu menjadi cair adalah kerana kesilapan ibu dalam menjalankan rutin mengepam susu.

2 kesilapan utama adalah:

1. Mengurangkan sesi pump
Jika ibu tinggal 1 sesi pump, sesi berikutnya ibu boleh lihat susu anda lebih cair yang disebabkan proses osmosis dalam badan.

2. Tidak mengosongkan payudara setiap kali pump
Apabila susu ibu dibiarkan terlalu lama dalam kelenjar susu, memang susu ibu akan cair apabila dikeluarkan. Ini kerana saki baki susu dari sesi penyusuan/pump terdahulu yang tidak habis dikeluarkan menjadi lebih cair kerana lemak tersekat di sel membran payudara ibu.
Oleh itu, apabila ibu pump di sesi berikutnya, susu yang cair makin bertambah banyak.
Makin kerap ibu tidak betul2 kosongkan breast setiap kali sesi penyusuan/pump, makin cairlah susu ibu.

Faktor terakhir yang mempengaruhi kepekatan susu ibu adalah pemakanan ibu sendiri. Ibu pun tahu kan susu ibu adalah apa yang ibu makan. Jadi jika ibu berdiet atau menghadkan pemakanan kepada makanan2 tertentu sahaja, semestinya susu ibu yang terhasil tidak mengandungi kesemua zat yang diperlukan. Jadi tidak mustahil susu ibu juga cair (ini diberitahu sendiri oleh nurse di Klinik Kesihatan kepada saya). Jadi pemakanan ibu mestilah seimbang dan lengkap dengan khasiat penting yang diperlukan badan ibu untuk menghasilkan susu.

Bagaimana pula ESP membantu dalam penghasilan susu ibu?




Apa Khasiat ESP Untuk Ibu Menyusu?

  • Menjadikan kulit muka cantik, halus, gebu danberseri
  • Membantu menghilangkan jeragat dan parutdi muka (parut jerawat juga )
  • Membantu melancarkan penyusuan susu ibu
  • Membantu meningkatkan penghasilan susu ibu dengan lebih pekat dan banyak
  • Membantu badan ibu menghasilkan susu yanglebih pekat dan berkrim menjadikan bayi anda cepat kenyang dan kurang meragam
  • Menganjalkan kulit dan menganjalkan kembali payudara yang kendur
  • Cepat kenyang dan membantu dalampengurusan berat badan
  • meningkatkan kesihatan tubuh secara menyeluruh
  • Membantu tumbesaran fetus dan memastikankesihatan ibu mengandung di tahap optimum
  • Membantu mempersiapkan badan ibu untuk penyusuan yang lancar lepas bersalin
  • Untuk yang alami masalah kesuburan, ESP membantu membentuk tisu rahim serta sel ovum dan sel sperma yang sihat.

Antara Testimoni Yang Berjaya Dengan ESP..


MENCARI PENGEDAR SHAKLEE??
ATAU
INGIN TAMBAH PENDAPATAN??

Hubungi....

AZIZAH

Pm / whatsapp : 0197665652

Add & pm Fb : Noorazizah Ishak

Like Page : Vita Homes


Dapatkan konsultasi PERCUMA dan TIPS EXCLUSIVE dengan setiap pembelian khas untuk anda!


COD AREA : Bandaraya Johor Bahru, Larkin, Bandar Baru Uda, Tampoi, Skudai, Taman U, UTM Skudai, Perumahan Pulai, City Square, CIQ JB




PENGHANTARAN : SELURUH MALAYSIA!!!

No comments:

Post a Comment