15 September 2015

12 PERKARA ASAS DALAM PENYUSUAN SUSU IBU

Sebelum anda menempuh tempoh-tempoh penyusuan bayi selama 6 bulan dan seterusnya dua tahun. Ketahui perkara asas yang MESTI anda tahu untuk menjayakan penyusuan susu ibu secara EKSKLUSIF.

Pengalaman menyusukan anak kedua secara eksklusif 2 tahun 3 bulan sangat memerlukan kesabaran, kekuatan, dan macam-macam lagi. Kerana ia sangat mencabar, namun jika anda tahu asas penyusuan ia sebenarnya tidak sesukar mana pun. Malah ia lebih ekonomi dan menjimatkan.Tak perlu membeli susu, bawa air panas untuk bacuhan susu, badan ibu lansing, pengecutan rahim dengan lebih baik dan macam-macam lagi. Apa perkara ASAS yang perlu ibu-ibu dan bakal-bakal ibu tahu tentang penyusuan ini??


mamaputerialeiya.blogspot.com

1. KENALI BENTUK PUTING


  • Tahu bentuk puting anda samada jenos puting tenggelam, leper atau timbul. Jika tenggelam/leper, agak sukar untuk bayi menyusu. Cari jalan bagaimana untuk membetulkannya.

2. TAHU CARA MEMERAH SUSU

  • Belajar kaedah/cara memerah susu yang betul. Banyak sumber yang boleh dipelajari tentang cara perahan yang betul. Untuk ibu bekerjaya perlukan peralatan penyusuan yang lengkap di tempat kerja seperti cooler bag, tempat penyimpanan susu, ice pack/ice brick. Seelok-eloknya masa yang paling tepat untuk belajar adalah diawal tempoh kehamilan iaitu pada trimester pertama.

3. PAM SUSU

  • Pam susu adalah penting untuk ibu bekerjaya. Pilih pam susu yang betul seperti ringan, tidak menyakitan, mudah dibawa, heavy duty dan senyap. Pengalaman saya untuk 3 orang anak saya menggunakan 3 pam yang berbeza. Dan pam yang ketiga adalah yang paling sesuai sebab ia memenuhi ciri-ciri di atas. Sekarang ni dah banyak penjual pam susu yang boleh memberi sewa untuk memastikan ibu-ibu dapat pam yang betul dan bersesuaian.

4. SIMPAN PERAHAN SUSU

  • Tahu bagaimana untuk menyimpan perahan susu. Ini memastikan agar kualiti susu ibu dijaga dengan baik bagi mengelakkan kehilangan nutrisi yang banyak dalam air susu ibu. Ilmu ini sangat penting untuk ibu-ibu terutamanya untuk ibu-ibu yang bekerjaya.

5. MENGGUNAKAN STOK PERAHAN SUSU

  • Untuk memanaskan susu beku yang telah dicairkan atau susu sejuk yang diletakkan dalam peti sejuk, pastikan air panas yang digunakan hanya bersuhu 40'C sahaja bagi memastikan sel-sel susu ibu tidak mati.

6. JANGKA HAYAT SUSU

  • Ketahui dan fahami jangka hayat susu ibu samada yang telah diperah, disejukkan atau dibekukan.

7. ILMU

  • Baca pelbagai info penyusuan melalui kelas, buku, internet atau forum-forum penyusuan susu ibu untuk meningkatkan pengetahuan dan semangat. Fahami kelebihan susu ibu berbanding susu formula.

8. SOKONGAN SUAMI DAN KELUARGA

  • Dapatkan sokongan suami dan keluarga kerana ia penting dalam memberikan semangat dan dorongan semasa

9. HOSPITAL RAKAN BAYI

  • Pilihlah untuk bersalin di hospital rakan bayi. Mereka menitik beratkan penyusuan susu ibu selepas kelahiran. Jika bukan dihospital rakan bayi, pesan untuk tidak memberikan susu formula sejurus selepas melahirkan. Jika bukan di hospital rakan bayi, pesan supaya bayi tidak diberikan susu formula sejurus selepas bersalin dan seterusnya.

10. JANGAN BELI SUSU FORMULA

  • Jika anda telah berniat untuk menyusukan bayi, jangan sesekali membeli susu formula sebagai persediaan kerana takut tidak cukup susu. Ini kerana penghasilan susu adalah mengikut keperluan bayi. Jadi jangan bimbang dengan istilah 'tidak cukup susu'

11. SUSU IBU MENCUKUPI

  • Set di minda bahawa susu ibu cukup untuk keperluan bayi jika bayi masih menangis setelah diberikan susu. Kenali tangisan bayi kerana bayi menangis bukan hanya disebabkan susu. Banyak faktor lain yang menyebabkan bayi menangis seperti kembung perut, ketidakselesaan, sakit dan macam-macam lagi. Oleh itu, set MINDA anda dari sekarang!

12. PENJAGA BAYI

  • Kenali penjaga bayi anda. Pastikan penjaga bayi tahu bagaimana cara mengendalikan stok perahan susu ibu dengan baik. Ajari penjaga bayi jika mereka pertama kali menjaga bayi susu ibu.

No comments:

Post a Comment