29 September 2015

TINGGAL 2 HARI LAGI

Apa yang tinggal 2 hari lagi tu???!!

Offer ESP lah!!


Cepat dapatkan sekarang sebelum terlambat... sebotol tahan 1- 2... kalau 2 botol tahan 4 bulan kan....

Harga Normal = Rm150
Ada diskaun 5% bila beli 2 botol... 
Nak lebih jimat lagi boleh jadi ahli rm 70.. dapat free vitalea... dapat penjimatan sehingga 30%

Kalau nak lagi best beli 6 PERCUMA 1... Dapat percuma keahlian... dapat lagi percuma Vitalea.. eh dapat pulak rebate bulanan... ada lagi... peluang untuk ke BANGKOK secara PERCUMA.. layanan 6 bintang...


Jangan biarkan peluang ni lalu depan mata macam tu je ... rugi!!!


Hubungi Zah untuk sebarang info dan keterangan lanjut.


MENCARI PENGEDAR SHAKLEE??
ATAU
INGIN TAMBAH PENDAPATAN??

Hubungi....

AZIZAH

Pm / whatsapp : 0197665652

Add & pm Fb : Noorazizah Ishak

Like Page : Vita Homes


Dapatkan konsultasi PERCUMA dan TIPS EXCLUSIVE dengan setiap pembelian khas untuk anda!


COD AREA : Bandaraya Johor Bahru, Larkin, Bandar Baru Uda, Tampoi, Skudai, Taman U, UTM Skudai, Perumahan Pulai, City Square, CIQ JB




PENGHANTARAN : SELURUH MALAYSIA!!!

25 September 2015

PEMBEKAL TENAGA BERPANJANGAN



ESP PEMBEKAL TENAGA BERPANJANGAN


ESP antara minuman penambah tenaga yang sangat digemar ramai. Saya juga menggemarinya kerana khasiat dan kesan pengambilannya.

Tapi kenapa ESP Shaklee ini dikatakan sebagai Pembekal Tenaga Berpanjangan?


🍶 ESP adalah Protien Berasaskan Tumbuhan.

Makanan yang tinggi karbohidrat dan juga makanan yang tinggi protien dalam aspek pembekal tenaga adalah..

✅ Makanan tinggi karbo (seperti gula-glucose type) ia akan terus dilepaskan dalam darah dengan cepat. Makanan yang tinggi karbo ini biasanya bacaan Indeks Glisemiks tinggi. Jadi, tenaga yang dibekalkan juga singkat sahaja masanya. Bila kita makan, terus shoot up gula dan tenaga akan drop dengan cepat.


TETAPI....

✅ ESP Shaklee, glucose yang dilepaskan ke dalam darah adalah sedikit demi sedikit (indeks glisemiks rendah) jadi tenaga yang dibekalkan kepada badan juga berpanjangan.

Selain itu...ESP juga sebagai Pembekal Tenaga kerana,

✅ dalam ESP Shaklee ini mengandungi 5 jenis vitamin B yang diperlukan oleh tubuh badan kita.

✅ Dalam ESP Shaklee juga ada kandungan Kalsium separuh daripada keperluan harian manusia.



ANTARA KANDUNGAN YANG TERDAPAT DALAM ESP SHAKLEE

Kelebihan Esp shaklee



MENCARI PENGEDAR SHAKLEE??
ATAU
INGIN TAMBAH PENDAPATAN??

Hubungi....

AZIZAH

Pm / whatsapp : 0197665652

Add & pm Fb : Noorazizah Ishak

Like Page : Vita Homes


Dapatkan konsultasi PERCUMA dan TIPS EXCLUSIVE dengan setiap pembelian khas untuk anda!


COD AREA : Bandaraya Johor Bahru, Larkin, Bandar Baru Uda, Tampoi, Skudai, Taman U, UTM Skudai, Perumahan Pulai, City Square, CIQ JB




PENGHANTARAN : SELURUH MALAYSIA!!!

24 September 2015

SUSU IBU CAIR?? KUALITI @ TIDAK

Susu ibu cair?? Betul ke tak berkualiti??

Seringkali soalan ini dipersoalkan ibu-ibu yang menyusui. Benarkah susu ibu cair tidak berkualiti dan menyebabkan anak tidak puas menyusu.

Jadi ramai ibu yang risau anak tidak kenyang sepenuhnya dengan susu ibu dan ragu-ragu dengan kualiti susu sendiri. Dan ini juga faktor utama membuatkan ibu-ibu mencampur atau bertukar terus kepada susu formula.

Apa yang ibu perlu tahu susu ibu tidak sama dengan susu formula yang lebih pekat dan kekuningan warnanya. Susu ibu kelihatan cair adalah normal dan ia bergantung kepada beberapa faktor penting seperti pemakanan ibu dan cuaca.

Sekilas fakta tentang susu ibu:

Di awal penyusuan, susu sememangnya lebih cair dan dikenali sebagai ‘foremilk’. Ia cair untuk menghilangkan dahaga bayi terlebih dahulu.

Di akhir penyusuan, susu lebih berlemak dan dikenali sebagai ‘hindmilk’. Hindmilk lebih pekat, berlemak, berkhasiat tinggi dan betujuan untuk mengenyangkan si manja anda.

Berkaitan dengan ‘foremilk’ dan ‘hindmilk’ juga, jika bayi anda tidak mengalami kenaikan berat yang sepatutnya, antara perkara utama anda perlu pastikan adalah bayi anda mendapat ‘hindmilk’ kerana ‘hindmilk’ lah yang membantu bayi kita membesar dan naik berat badan. Bayi tidak naik berat kemungkinan besar tidak mendapat ‘hindmilk’ dari anda. Jadi pastikan bayi anda menyusu lebih lama untuk membolehkan dia mendapat ‘hindmilk’.

Tahukah anda:

Apabila cuaca panas, susu ibu akan lebih cair dari biasa untuk membolehkan bayi mendapat lebih banyak air untuk menghilangkan rasa dahaga & mengelakkan badan dari penghidaratan (kekurangan air)

Apabila cuaca sejuk, susu menjadi lebih pekat dan mengandungi lebih banyak lemak dari biasa untuk membolehkan bayi mendapat tenaga, lebih banyak khasiat dan lebih kenyang untuk berada dalam suasana sejuk.

Apabila anda demam, suhu dalam badan akan panas menyebabkan susu ibu lebih cair.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Jadi jika anda lihat susu ibu yang diperah masih mempunyai lapisan lemak walaupun kelihatan cair, itu bererti susu ibu itu tetap mempunyai khasiat yang diperlukan bayi walaupun ia tidak pekat. Tetapi cairnya susu ibu adalah proses biologi tubuh menandakan ibu perlu teliti semua rutin ibu kebelakangan ini dan atasi masalah tersebut.

Antara faktor utama susu menjadi cair adalah kerana kesilapan ibu dalam menjalankan rutin mengepam susu.

2 kesilapan utama adalah:

1. Mengurangkan sesi pump
Jika ibu tinggal 1 sesi pump, sesi berikutnya ibu boleh lihat susu anda lebih cair yang disebabkan proses osmosis dalam badan.

2. Tidak mengosongkan payudara setiap kali pump
Apabila susu ibu dibiarkan terlalu lama dalam kelenjar susu, memang susu ibu akan cair apabila dikeluarkan. Ini kerana saki baki susu dari sesi penyusuan/pump terdahulu yang tidak habis dikeluarkan menjadi lebih cair kerana lemak tersekat di sel membran payudara ibu.
Oleh itu, apabila ibu pump di sesi berikutnya, susu yang cair makin bertambah banyak.
Makin kerap ibu tidak betul2 kosongkan breast setiap kali sesi penyusuan/pump, makin cairlah susu ibu.

Faktor terakhir yang mempengaruhi kepekatan susu ibu adalah pemakanan ibu sendiri. Ibu pun tahu kan susu ibu adalah apa yang ibu makan. Jadi jika ibu berdiet atau menghadkan pemakanan kepada makanan2 tertentu sahaja, semestinya susu ibu yang terhasil tidak mengandungi kesemua zat yang diperlukan. Jadi tidak mustahil susu ibu juga cair (ini diberitahu sendiri oleh nurse di Klinik Kesihatan kepada saya). Jadi pemakanan ibu mestilah seimbang dan lengkap dengan khasiat penting yang diperlukan badan ibu untuk menghasilkan susu.

Bagaimana pula ESP membantu dalam penghasilan susu ibu?




Apa Khasiat ESP Untuk Ibu Menyusu?

  • Menjadikan kulit muka cantik, halus, gebu danberseri
  • Membantu menghilangkan jeragat dan parutdi muka (parut jerawat juga )
  • Membantu melancarkan penyusuan susu ibu
  • Membantu meningkatkan penghasilan susu ibu dengan lebih pekat dan banyak
  • Membantu badan ibu menghasilkan susu yanglebih pekat dan berkrim menjadikan bayi anda cepat kenyang dan kurang meragam
  • Menganjalkan kulit dan menganjalkan kembali payudara yang kendur
  • Cepat kenyang dan membantu dalampengurusan berat badan
  • meningkatkan kesihatan tubuh secara menyeluruh
  • Membantu tumbesaran fetus dan memastikankesihatan ibu mengandung di tahap optimum
  • Membantu mempersiapkan badan ibu untuk penyusuan yang lancar lepas bersalin
  • Untuk yang alami masalah kesuburan, ESP membantu membentuk tisu rahim serta sel ovum dan sel sperma yang sihat.

Antara Testimoni Yang Berjaya Dengan ESP..


MENCARI PENGEDAR SHAKLEE??
ATAU
INGIN TAMBAH PENDAPATAN??

Hubungi....

AZIZAH

Pm / whatsapp : 0197665652

Add & pm Fb : Noorazizah Ishak

Like Page : Vita Homes


Dapatkan konsultasi PERCUMA dan TIPS EXCLUSIVE dengan setiap pembelian khas untuk anda!


COD AREA : Bandaraya Johor Bahru, Larkin, Bandar Baru Uda, Tampoi, Skudai, Taman U, UTM Skudai, Perumahan Pulai, City Square, CIQ JB




PENGHANTARAN : SELURUH MALAYSIA!!!

SUPPLEMEN MENJADI KEPERLUAN RAMAI



SUPPLEMEN MENJADI KEPERLUAN RAMAI


SUPLEMEN telah menjadi keperluan ramai pada hari ini... dan ia bukan lah kehendak kerana kepentingan suplemen dalam kehidupan seharian pada hari ini menjadikan suplemen merupakan salah satu keperluan dalam menjaga kesihatan.

Semasa pemeriksaan doktor dahulu sebab kurang sihat.. doktor sangat menyarankan pengambilan suplemen apabila kita diusia 30-an dan ke atas.. Kerana pada masa ini pengambilan vitamin sangat penting bagi memastikan tubuh sihat.. apatah lagi apabila pengambilan makanan tidak lagi seimbang dan lebih memilih kepada makanan yang telah diproses..

Dulu anak saya kerap sembelit dan saya akui anak kurang minum air kosong. Saya mencari penyelesaian dengan memberikan ubat sembelit yang dimasukkan dari punggung.. ubat itu akan memaksa usus untuk bekerja sedangkan hakikatnya usus tersebut perlu pandai untuk bekerja sendiri.. Kasihan kan si manja terpaksa melawan kesakitan bila membuang air besar membuatkan saya memilih untuk memberikan suplemen kepada si manja supaya usus nya dapat bekerja dengan sendiri...

Alhamdulillah si manja saya pun dah tak perlu lalui kesakitan tu. Sekarang saya, anak-anak dan suami sama-sama amalkan pengambilan suplemen untuk seharian.. Dan kami telah memilih SHAKLEE sebagai suplemen kami...

Anda bila lagi?? Tak rugi pun melabur untuk kesihatan sebab ia beri kesan jangka panjang yang positif.. Serta dapat mengurangkan risiko penyakit-penyakit yang serius seperti darah tinggi, kencing manis, sakit jantung, buah pinggan dan lain-lain..

"PREVENT IS BETTER THAN  CURE"


Keratan Akhbar Sinar Harian 23 September 2015



__________________________________________________________________________________

MENCARI PENGEDAR SHAKLEE??
ATAU
INGIN TAMBAH PENDAPATAN??

Hubungi....

AZIZAH

Pm / whatsapp : 0197665652

Add & pm Fb : Noorazizah Ishak

Like Page : Vita Homes


Dapatkan konsultasi PERCUMA dan TIPS EXCLUSIVE dengan setiap pembelian khas untuk anda!


COD AREA : Bandaraya Johor Bahru, Larkin, Bandar Baru Uda, Tampoi, Skudai, Taman U, UTM Skudai, Perumahan Pulai, City Square, CIQ JB



PENGHANTARAN : SELURUH MALAYSIA!!!




23 September 2015

DOA DI HARI ARAFAH

DOA DI HARI ARAFAH


Ada lebih kurang 10 minit je lagi tiba waktu arafah. Jom kita berdoa kerana waktu ini adalah waktu mustajab berdoa..

Doa Hari Arafah


1. Ya Allah kurniakanlah padaku Kejayaan terbesar - selamat dari api neraka dan masuk ke Syurga Firdaus

2. Ya Allah masukkanlah aku dan keluargaku dalam golongan yg beriman.. yang menerima kitab amal di tangan kanan kami.

3. Ya Allah, Kurniakanlah padaku kematian yang diberkati. Izinkan aku mengucapkan syahadah sebelum aku menghembuskan nafas terakhir.  Kurniakanlah padaku syafaat Rasulullah (saw).

4. Ya Allah masukkanlah aku dalam kalangan Rasulullah (saw), keluarganya dan para sahabat di Syurga Firdaus.

5. Ya Allah selamatkanlah rakan-rakan bukan Islam saya dari neraka. Kurniakan mereka hidayah Islam.

6. Ya Allah, satukan aku dalam Syurga Firdaus dengan orang-orang yang aku sayangi semata-mata kerana Mu.

7 Ya Rabb, sempurnakan agamaku dan ibadatku. Selamatkan aku daripada kejahatan dan izinkan aku menyempurnakan sebahagian daripada agamaku.

8. Ya Allah terimalah amalan baikku dan tingkatkan pahala dan rahmat untukku. Padamkan dosa-dosaku dan ampunkan aku sepenuhnya. Limpahi rahmatMu untukku dan selamatkanlah aku dari kehinaan pada hari hitungan amal.

9. Ya Allah, apabila aku mati, biarlah jiwaku dan rekod amalanku menjadi amalan tertinggi

10. Ya Allah kurniakan aku, ibu bapaku, keluarga dan anak-anakku bimbingan, ketabahan dan peningkatan Iman.

11 Ya Allah, masukkan aku dalam golongan  yang Engkau lindingi, mendapat pengampunan Mu dan mendapat naungan pada hari ketika tidak ada naungan selain dari Arash Mu.

12. Oh Tuhanku, tingkatkan keyakinan dan tawakkalku padaMu. Janganlah ada keraguan dalam kepercayaanku dalam keesaan Mu, kehebatan Mu dan kekuasaan Mu.

13. Ya Allah tingkatkanlah kecintaanku untuk Mu dan Nabi Mu (saw).

14. Ya Allah ampunilah aku dan tingkatkanlah kurnian Rahmat dan Rezeki Mu

15 Ya Allah berilah aku lebih banyak peluang untuk berbuat baik dan mendapat keredhaanmu.

16. Ya Allah ya Rabb, sucikan niatku hanya untuk Mu semata dan lindungi aku dari menunjuk-nunjuk atau kebanggaan palsu. Selamatkan aku dari sifat angkuh, sombong, menunjuk nunjuk dan mengungkit ungkit nikmat.

17. Oh Penciptaku dan Tuhanku, jangan biarkan aku sendirian. Berkati aku dengan pasangan yang sesuai dan anak-anak yang akan menjadi penyejuk mataku.

18. Oh Tuhanku, jadikanlah aku dari orang-orang yang sabar dan patuh kepada Mu dan kepada ibu bapaku.

19. Selamatkanlah aku dari Fitnah Dajjal.

20. Selamatkanlah aku dari azab kubur dan azab api neraka.

21 Ya Allah, tingkatkanlah usahaku dalam kerja-kerja Sadakatul Jariah.

22 Ya Allah, berkati hidupku dengan kesihatan yang baik, agar aku dapat bersujud padamu dengan mudah sehingga akhir hayatku.

23 Ya Allah, lindungi aku dan seluruh umat Islam dalam menentang penindas-penindas yang zalim. Selamatkan kami dari fitnah dan permudahkanlah bagi kami mengharungi zaman yang sukar ini.

24. Tuhanku, berkati hidupku dengan yang terbaik di dunia ini, yang terbaik di akhirat nanti dan selamatkanlah aku dari api neraka. Sesungguhnya aku memang memerlukan kurniaan dari Mu Ya Allah.

25 Ya Allah tingkatkanlah kesyukuranku semata-mata kepada Mu.

26. Ya Rabb, selamatkan aku dari kemunafikan.

27. Ya Allah, izinkan aku dan isteriku/suamiku menjadi antara jemaah menunaikan Haji dan Umrah pada tahun tahun yang terdekat.

28. Ya Allah lindungi kami dari syaitan, jin dan arak. Lindungi kami dari perbuatan jahat dan niat mereka.

29. Ya Allah ampuni dan berilah rahmat kepada ibu bapa kami, kerana mereka menjaga kami ketika kami masih kecil.

30 Ya Allah, aku berdoa dan memohon daripadamu untuk mengurniakan bimbingan kepada pemuda dan umat Islam. Selamatkan kami semua dari kufur, putus asa, salah laku dan syirik.

31. Ya Allah berikan aku kekuatan untuk melawan kemalasan dan tidur, semoga aku dapat bangun untuk tahajjud dan solat subuh msetiap hari.

Aamiin

Jangan lupa doa juga impian kita untuk ke rumah Allah...

GANJARAN HEBAT DI HARI ARAFFAH

GANJARAN HEBAT DI HARI ARAFFAH


Alhamdulillah hari ini pada jam 5.30 pm hinnga 11.30 pm waktu Malaysia, umat islam di Makkah akan melaksanakan wukuf di Araffah. Ibadah yang dilakukan hari ini samada mereka yang menunaikan haji atau tidak akan sama-sama mendapat ganjaran yang hebat dari Allah.

Semoga kita dapat manfaatkan hari ini lebih baik. Perbanyakkan ibadah pada hari ini..

~* Baginda Rasulullah s.a.w. bersabda :
Pada 9 haribulan Dzulhijjah ( Hari Arafah ) umat Islam di sunatkan mengerjakan ibadah puasa melainkan mereka yang mengerjakan ibadah hajji.
Baginda Rasulullah s.a.w. bersabda :

Puasa pada hari Hari Arafah ini menghapuskan dosa dua tahun. Satu tahun yang telah lalu dan satu tahun yang akan datang.
( H.R.Imam Muslim ).
Hari Arafah merupakan hari yang mempunyai kelebihan tersendiri. Jika para jemaah haji diwajibkan berada di padang Arafah untuk wuquf di sana maka kita yang tidak berkesempatan untuk menunaikan ibadah haji dianjurkan untuk berpuasa pada hari ini. Kedatangannya setahun sekali ini janganlah disia-siakan. Kita juga dianjurkan untuk berzikir dan berdoa kepada Allah pada hari ini. Di sini dipetik beberapa buah hadis untuk renungan kita bersama.

Daripada Abi Qatadah Al-Ansari bahawa Baginda Rasulullah s.a.w. telah ditanya mengenai puasa hari Arafah maka Baginda Rasulullah s.a.w. menjawab jawab :
Dikaffarah (di ampun dosa) setahun yang lalu dan setahun yang akan datang.

( Hadis isnad sahih dikeluarkan oleh Imam Muslim Imam At- Tarmizi Ibnu Khuzaimah dan Imam Baihaqi ).

Daripada Sayyidatina ‘Aisyah telah berkata :
Tiada dari hari dalam setahun aku berpuasa lebih aku gemari daripada hari Arafah.

( Hadis isnad sohih dikeluarkan oleh Ibnu Abu Syaibah dan Imam Baihaqi ).

Daripada Imam Anas bin Malik r.a. telah berkata :
Adalah dikatakan pada hari-hari sepuluh ( 1- 10 dzulhijjah ) setiap hari (menyamai) seribu hari. Manakala Hari Arafah (menyamai) sepuluh ribu hari.
Telah berkata Imam Baihaqi iaitu pada kelebihan.

( Hadis isnad hasan dikeluarkan oleh Imam Baihaqi dan disebut oleh imam Sayuti ).

Semoga amalan kita bertambah dari tahun yang telah lalu dan dosa kita diampunkan oleh Allah. Gunakanlah segala peluang yang ada demi menambah lagi bekal akhirat kita sebelum bertemu Allah di hari yang tidak ada pertolongan lain selain mereka yang menemuiNya dalam keadaan hati yang bersih dan selamat daripada kekotoran dosa dan noda. Berbahagialah hamba yang bertemu dengan Tuhan Nya dengan membawa hati yang sejahtera.

Tempat rujukan :
1. Kitab Fadahailul Auqat oleh Abi Bakar bin Al-Husin Al-Baihaqi di kaji oleh Adnan Abdul Rahman Majid Al-Qaisi cetakan Maktabah Al-Manarah Makkah Al-Mukarramah

15 September 2015

12 PERKARA ASAS DALAM PENYUSUAN SUSU IBU

Sebelum anda menempuh tempoh-tempoh penyusuan bayi selama 6 bulan dan seterusnya dua tahun. Ketahui perkara asas yang MESTI anda tahu untuk menjayakan penyusuan susu ibu secara EKSKLUSIF.

Pengalaman menyusukan anak kedua secara eksklusif 2 tahun 3 bulan sangat memerlukan kesabaran, kekuatan, dan macam-macam lagi. Kerana ia sangat mencabar, namun jika anda tahu asas penyusuan ia sebenarnya tidak sesukar mana pun. Malah ia lebih ekonomi dan menjimatkan.Tak perlu membeli susu, bawa air panas untuk bacuhan susu, badan ibu lansing, pengecutan rahim dengan lebih baik dan macam-macam lagi. Apa perkara ASAS yang perlu ibu-ibu dan bakal-bakal ibu tahu tentang penyusuan ini??


mamaputerialeiya.blogspot.com

1. KENALI BENTUK PUTING


  • Tahu bentuk puting anda samada jenos puting tenggelam, leper atau timbul. Jika tenggelam/leper, agak sukar untuk bayi menyusu. Cari jalan bagaimana untuk membetulkannya.

2. TAHU CARA MEMERAH SUSU

  • Belajar kaedah/cara memerah susu yang betul. Banyak sumber yang boleh dipelajari tentang cara perahan yang betul. Untuk ibu bekerjaya perlukan peralatan penyusuan yang lengkap di tempat kerja seperti cooler bag, tempat penyimpanan susu, ice pack/ice brick. Seelok-eloknya masa yang paling tepat untuk belajar adalah diawal tempoh kehamilan iaitu pada trimester pertama.

3. PAM SUSU

  • Pam susu adalah penting untuk ibu bekerjaya. Pilih pam susu yang betul seperti ringan, tidak menyakitan, mudah dibawa, heavy duty dan senyap. Pengalaman saya untuk 3 orang anak saya menggunakan 3 pam yang berbeza. Dan pam yang ketiga adalah yang paling sesuai sebab ia memenuhi ciri-ciri di atas. Sekarang ni dah banyak penjual pam susu yang boleh memberi sewa untuk memastikan ibu-ibu dapat pam yang betul dan bersesuaian.

4. SIMPAN PERAHAN SUSU

  • Tahu bagaimana untuk menyimpan perahan susu. Ini memastikan agar kualiti susu ibu dijaga dengan baik bagi mengelakkan kehilangan nutrisi yang banyak dalam air susu ibu. Ilmu ini sangat penting untuk ibu-ibu terutamanya untuk ibu-ibu yang bekerjaya.

5. MENGGUNAKAN STOK PERAHAN SUSU

  • Untuk memanaskan susu beku yang telah dicairkan atau susu sejuk yang diletakkan dalam peti sejuk, pastikan air panas yang digunakan hanya bersuhu 40'C sahaja bagi memastikan sel-sel susu ibu tidak mati.

6. JANGKA HAYAT SUSU

  • Ketahui dan fahami jangka hayat susu ibu samada yang telah diperah, disejukkan atau dibekukan.

7. ILMU

  • Baca pelbagai info penyusuan melalui kelas, buku, internet atau forum-forum penyusuan susu ibu untuk meningkatkan pengetahuan dan semangat. Fahami kelebihan susu ibu berbanding susu formula.

8. SOKONGAN SUAMI DAN KELUARGA

  • Dapatkan sokongan suami dan keluarga kerana ia penting dalam memberikan semangat dan dorongan semasa

9. HOSPITAL RAKAN BAYI

  • Pilihlah untuk bersalin di hospital rakan bayi. Mereka menitik beratkan penyusuan susu ibu selepas kelahiran. Jika bukan dihospital rakan bayi, pesan untuk tidak memberikan susu formula sejurus selepas melahirkan. Jika bukan di hospital rakan bayi, pesan supaya bayi tidak diberikan susu formula sejurus selepas bersalin dan seterusnya.

10. JANGAN BELI SUSU FORMULA

  • Jika anda telah berniat untuk menyusukan bayi, jangan sesekali membeli susu formula sebagai persediaan kerana takut tidak cukup susu. Ini kerana penghasilan susu adalah mengikut keperluan bayi. Jadi jangan bimbang dengan istilah 'tidak cukup susu'

11. SUSU IBU MENCUKUPI

  • Set di minda bahawa susu ibu cukup untuk keperluan bayi jika bayi masih menangis setelah diberikan susu. Kenali tangisan bayi kerana bayi menangis bukan hanya disebabkan susu. Banyak faktor lain yang menyebabkan bayi menangis seperti kembung perut, ketidakselesaan, sakit dan macam-macam lagi. Oleh itu, set MINDA anda dari sekarang!

12. PENJAGA BAYI

  • Kenali penjaga bayi anda. Pastikan penjaga bayi tahu bagaimana cara mengendalikan stok perahan susu ibu dengan baik. Ajari penjaga bayi jika mereka pertama kali menjaga bayi susu ibu.

14 September 2015

KANDUNGAN TERBAIK COLLAGEN POWDER SHAKLEE

KANDUNGAN TERBAIK COLLAGEN POWDER SHAKLEE


Collagen Shaklee dirumus khas dengan 7 bahan semulajadi yang ianya memberi kesan maksimum kepada pengguna terutama mereka yang inginkan kulit yang halus mulus, licin, berseri dan tidak kusam...

Antara 7 bahan semulajadi dalam Collagen Shaklee: 

KOLAGEN SISIK IKAN MERAH


Sisik ikan merah adalah sumber kolagen yang premium dengan kurangnya pencemaran dan kadar penyerapan yang tinggi berbanding dengan kolagen haiwan lain.


EKSTRAK BIJI CAMELLIA JAPONICA


Biji Camellia Japonica terdiri dari asid oleik, satu emolien dan pelembap kulit yang hebat, dan isoflavon, antioksidan semulajadi yang mampu mengurangkan radikal bebas.


EKSTRAK PFAFFIA


Pfaffia yang juga dikenali sebagai ginseng Brazil, apabila digabungkan dengan ekstrak Biji Camellia Japonica, membantu formasi kolagen dan asid hyaluronic. Dengan kemampuan luar biasa mengikat amaun air yang banyak. Asid hyaluronic memainkan peranan penting dalam menghidratkan tisu tubuh untuk menjadikan kulit lembut, lembap dan licin.

ELASTIN DARI KOLAGEN IKAN


Elastin memlihara kulit menjadi flexible tetapi tegang, memberikan reaksi melantun apabila kulit ditarik. Kolagen ikan mengandungi elastin yang berfungsi berganding bahu dengan kolagen untuk mengekalkan kulit menjadi tegang, anjal dan elastik.



VITAMIN C DAN VITAMIN B


Vitamin C menggalakkan penghasilan kolagen dan menentang radikal bebas yang merosakkan kulit kita.
Vitamin B turut serta dalam metabolima karbohidrat, lemak dan protien untuk membebaskan tenaga yang diperlukan untuk penghasilan kolagen di dalam sel.

EKSTRAK KEKERANG


Glucosamine ekstrak kekerang adalah penting didalam sintesis cecair synovial yang membekalkan pelincir kepada sendi-sendi dan menghidrat mata untuk melegakan ketidakselesaan mata.

LACTOBACILLUS ACIDOPHILUS


Membantu mengimbangi mikroflora usus dan membantu membina semula sistem usus yang sihat yang mampu meningkatkan penyerapan kolagen.

Gabungan ketujuh-tujuh bahan ini menghasilan kolagen yang terbaik  dengan berat molekul hanya 1000 Dalton yang mana lebih rendah dari kolagen yang lain dan membantu penyerapan ke kulit dengan lebih cepat...

Antara kesan-kesan selepas pengambilan dalam tempoh seminggu dan ke atas... Anda akan merasai kulit lebih anjal, rambut lebih sihat...

Jom tengok contoh kesan pengambilan Kolagen Shaklee..






Berminat dengan kesan COLLAGEN POWDER ni?

1 kotak = 15 sachet 

3 sachet pertama dah menampakkan hasil... apatah lagi 12 sachet seterusnya..

__________________________________________________________________________________

MENCARI PENGEDAR SHAKLEE??
ATAU
INGIN TAMBAH PENDAPATAN??

Hubungi....

AZIZAH
Pm / whatsapp : 0197665652
Add & pm Fb : Noorazizah IshakLike Page : Kasihku Untukmu


Dapatkan konsultasi PERCUMA dan TIPS EXCLUSIVE dengan setiap pembelian khas untuk anda!


COD AREA : Bandaraya Johor Bahru, Larkin, Bandar Baru Uda, Tampoi, Skudai, Taman U, UTM Skudai, Perumahan Pulai, City Square, CIQ JB



PENGHANTARAN : SELURUH MALAYSIA!!!



10 September 2015

SHAKLEE COLLAGEN POWDER

SHAKLEE COLLAGEN POWDER


Hari ni nak kongsi sikit info pasal Shaklee Collagen Powder.. Tak berpeluang lagi merasai penangan kolagen Shaklee ni.. Nak tau apa yang Collagen Shaklee boleh bagi untuk anda??

Shaklee Collagen Powder adalah supplemen yang unggul, mengandungi 4000 mg Kolagen RSS (sisik ikan merah), proprietari, sejenis kolagen tulen dan bermutu tinggi yang diekstrak dari sisik Ikan Merah. Kolagen Shaklee adalah sangat rendah dalam berat molekular, sekitar 1,000 Dalton amat mudah diserap oleh tubuh dan membantu meningkatkan sintesis kolegen pada lapisan dermis yang berkesan.

Shaklee Collagen Powder ni mudah larut dalam minuman dan makanan kegemaran anda. Ia dipek dalam satu uncang bagi memudahkan anda membawanya ke mana sahaja.




http://mamaputerialeiya.blogspot.my/search/label/Collagen%20Powder

MANFAAT UTAMA COLLAGEN SHAKLEE

Terdapat tiga manfaat utama dalam kolagen Shaklee yang membantu dalam mencantikkan dan menyihatkan kulit anda:

1. PENUAAN

Semakin kita menua, tubuh kita menghasilkan semakin kurang kolagen, mengakibatkan lebih banyak kedutan dan garis halus, disamping kulit yang semakin kendur. Umur bukanlah hanya satu faktor yang menyebabkan kekurangan kolagen di dalam tubuh kita. Kerosakan kolagen juga boleh dipercepatkan dengan faktor luaran seperti matahari, radikal bebas diudara, air dan nutrisi, merokok dll. Justeru itu
Shaklee Collagen Powder mampu membantu kulit kita mengekalkan elastisiti semulajadi dan memperlahankan kehadiran kedut - kedut.

2. TAMPAK LEBIH MUDA

  • Kolagen juga bermanfaat dalam membantu menguatkan rambut dan merangsang pertumbuhan semula.
  • Kuku akan menjadi lebih kuat, bintik putih akan hilang dan pangkal kuku akan mengekalkan warna yang sihat.
  • Kulit akan kurang kering dan elastisiti akan bertambah baik. Kulit juga akan sembuh dengan cepat dan ini akan membantu mengurangkan parut.
  • Membantu menghilangkan tanda penuaan.

3. RASA LEBIH MUDA

  • Kolagen adalah sama penting untuk tulang seperti juga tulang perlukan kalsium. kolagen membantu menguatkan tulang dan mengurangkan kemungkinannya menjadi rapuh.
  • Kolagen juga membantu mengurangkan kesakitan dan geseran disendi-sendi.
  • Baik untuk mata. Kornea memerlukan kolagen dan ia membantu mengekalkan otot mata supaya tetap anjal.
  • Memastikan otak sentiasa sihat. Sel glya membekalkan nutrisi kepada otak dan ini disokong oleh kolagen. Adalah penting untung menentukan agar otak anda mendapat
  • manfaat kolagen agar minda anda tetap berkeadaan baik walaupun umur anda semakin menua.

Terdapat tujuh ramuan utama termasuk ekstrak biji Camelia japonica, kolagen ikan, ekstrak kekerang,Lactobacillus acidophilus, Vitamin C dan Vitamin B, digabungkan untuk mempertingkatkan keberkesanan kolagen RSS dan menyokong kecantikan. 

Cadangan pengambilan : 1 sachet di bancuh dengan sunquick diminum pada pagi @ malam @
                                     1 sachet letak di bawah lidah dan kemam @
                                     1 sachet dibancuh bersama ESP untuk lebih kesan yang maksimum.

Sedikit info dari majalah iSihat....

http://mamaputerialeiya.blogspot.my/search/label/Collagen%20Powder







==============================================================

MENCARI PENGEDAR SHAKLEE??
ATAU
INGIN TAMBAH PENDAPATAN??

Hubungi....

AZIZAH
Pm / whatsapp : 0197665652
Add & pm Fb : Noorazizah IshakLike Page : Kasihku Untukmu


Dapatkan konsultasi PERCUMA dan TIPS EXCLUSIVE dengan setiap pembelian khas untuk anda!


COD AREA : Bandaraya Johor Bahru, Larkin, Bandar Baru Uda, Tampoi, Skudai, Taman U, UTM Skudai, Perumahan Pulai, City Square, CIQ JB


PENGHANTARAN : SELURUH MALAYSIA!!!




6 September 2015

VITAMIN KESIHATAN UNTUK SATU FAMILI

VITAMIN KESIHATAN UNTUK SATU FAMILI


Kesihatan keluarga memang sangat-sangat diutamakan... kalau sorang mula sakit... mulalah akan berjangkit dengan yang lain... terutama kalau batuk dan selsema... argggghh!! Mulalah tak tentu arah... buat kerja pun tak selesa.. tak menentu rasa...

Mesti nak cari ubat.. untuk pastikan sembuh supaya tak berjangkit dengan yang lain... Lepas ni jom kita cuba untuk cegah sebelum sakit...  Dapatkan Set Family Wellness untuk kesihatan seisi keluarga...

KHASIAT FAMILY WELLNESS SHAKLEE

Khasiat setiap satu vitamin dalam Family Wellness Set Shaklee adalah;

1. Energizing Soy Protein - ESP

* Awet muda - asid amino membantu membina otot, kuku, rambut, darah, organ, kulit
* Baik untuk hormon, merendahkan paras kolesterol, mencegah risiko oesteoporosis dan sakit jantung
* Baik untuk prostat
* Merangsang pembentukan semula kulit dan otot
* Mengurangkan kedutan
* Agen anti-penuaan, mengembalikan radian kulit dan kepejalan otot
* Percepatkan sembuhan luka dan mengurangkan kesan parut
* Membekalkan tenaga dengan segera
* Membaiki pigmentasi
* Meningkatkan kualiti memori, vitaliti, dorongan seksual dan rangsangan

2. Vita-Lea Iron Formula

* Memberi tenaga, kecergasan tubuh dan kekuatan mental
* Pelengkap nutrisi
* Penting untuk kanak-kanak dan remaja yang sedang membesar
* Membantu dalam stimulasi metabolisma dan melambatkan proses penuaan
* Menyediakan asas nutrisi, memastikan sel hidup, pertumbuhan sel baru
* Membantu proses pembesaran, pertumbuhan rambut, otot, kulit, kuku dan hormon
* Menjaga kesihatan tiroid
* Melindungi fungsi buah pinggang, jantung dan hati

3. B-Complex

* Menukarkan makanan kepada tenaga
* Membantu penghadaman, menukar lemak, karbohidrat dan protein kepada tenaga
* Memastikan kesihatan fungsi saraf, sekaligus meredakan sakit kepala, tekanan, kemurungan dan insomnia
* Membantu tumbesaran
* Memperbaiki masalah kulit kepala, kelemumur, rambut gugur, beruban dan mengekalkan kesihatan rambut
* Baik untuk mata
* Mencegah anemia
* Merawat sakit kepala, migrain, pening, lemah semangat, keletihan, muntah-muntah, mabuk darat atau laut.
* Meredakan senggugut
* Mencegah kerekahan mulut
* Detoksifikasi - meredakan alahan

4. Vitamin C

* Membentuk kolagen
* Memperbaiki simptom pendarahan
* Meningkatkan sistem imun
* Anti-oksidan yang merangsang pengeluaran T-cells untuk melawan sel-sel kanser dan membuang bahan kimia berbahaya dari tubuh
* Mencantikkan kulit
* Memperbaiki insomnia
* Mengekalkan kolesterols sihat


1 Set Vitamin, berkongsi untuk satu keluarga... Ia memang menjimatkan selain dari khasiatnya yang sangat bagus untuk membantu mengurangkan risiko penyakit berjangkit...

Jom dapatkannya hari ini... khas untuk keluarga yang disayangi...


==============================================================

MENCARI PENGEDAR SHAKLEE?? 
ATAU 
INGIN TAMBAH PENDAPATAN??

Hubungi....

AZIZAH
Pm / whatsapp : 0197665652
Add & pm Fb : Noorazizah Ishak
Like Page : Kasihku Untukmu

Dapatkan konsultasi PERCUMA dan TIPS EXCLUSIVE dengan setiap pembelian khas untuk anda!

COD AREA : Bandaraya Johor Bahru, Larkin, Bandar Baru Uda, Tampoi, Skudai, Taman U, UTM Skudai, Perumahan Pulai


PENGHANTARAN : SELURUH MALAYSIA!!!

5 September 2015

COMMENT GIVEAWAY

COMMENT GIVEAWAY


Dah lama rasanya mengarang di blog.. tak tau samada ok ke tak penulisan nya... menarik ke bosan ke sendiri pun tak tau... hanya readers je yang tau kan.. hmmm agak-agak ada tak yang sudi komen blog Zah ni... dari segi ayat... design... info-infonya... macam-macam lah...

Zah nak tau jugak lah pandangan dari readers n bloggers lain... mungkin banyak yang perlu ditambah baik... nak kena buat penambahbaikan... renovate blog ni bagi lebih mood pembaca blog Zah...

KOMEN TERPILIH



Apa kata Zah buat GIVEAWAY untuk readers atau bloggers yang sudi bagi komen-komen membina kat blog Zah untuk improve kan blog ni.. tak kisah lah dari sudut apa...

Zah akan cuba perbaiki blog ni untuk lebih menarik dibaca dari segi penulisan dan info... tak dibenarkan untuk beri komen-komen yang berunsur negatif (lucah, menganggu sensitiviti, politik)... hanya komen yang berkisar tentang blog sahaja dibenarkan...

Komen terpilih Zah akan berikan hadiah istimewa... Tempoh diberikan adalah 2 minggu.. dari 6 September 2015 hingga 19 September 2015...boleh hantarkan komen di ruang komen beserta email untuk dihubungi sekiranya terpilih...

Semua komen Zah akan ambil untuk penambahbaikan blog ni tapi hanya 1 komen sahaja yang akan terpilih sebagai pemenang....

Harap korang sudi-sudikan diri untuk komen blog Zah ye... boleh tinggalkan jejak kat blog ni di ruang chatting... nanti Zah akan blogwalking kat blog korang pulak... teringin nak tengok blog bloggers yang awesome kat Malaysia ni...

Jangan malu, jangan segan tau... walau pun kita tak kenal tapi kita boleh sharing ilmu bersama... (walaupun sebenarnya Zah ni pemalu orangnya....  '___'   hihihi yang kenal je yang tau)


JEMPUT LAH KOMEN DAN BERI PENDAPAT ANDA TENTANG BLOG INI... KOMEN TERPILIH AKAN DIUMUMKAN PADA 20 SEPTEMBER 2015...


Salam Sayang buat semua bloggers...


=============================================================

MENCARI PENGEDAR SHAKLEE?? 
ATAU 
INGIN TAMBAH PENDAPATAN??

Hubungi....

AZIZAH
Pm / whatsapp : 0197665652
Add & pm Fb : Noorazizah Ishak
Like Page : Kasihku Untukmu

Dapatkan konsultasi PERCUMA dan TIPS EXCLUSIVE dengan setiap pembelian khas untuk anda!

COD AREA : Bandaraya Johor Bahru, Larkin, Bandar Baru Uda, Tampoi, Skudai, Taman U, UTM Skudai, Perumahan Pulai


PENGHANTARAN : SELURUH MALAYSIA!!!


4 September 2015

BERGABUNG MELETOP!!! PROMO SEPTEMBER 2015!!

Kebiasaan awal2 bulan ni sangat2 ditunggu-tunggu buat semua ahli-ahli Shaklee.. Tunggu apa agaknya promosi Shaklee bulan ni ye... Hmmm... tunggu punya tunggu.....

TADAAAAAAA!!!!

Dapat mesej dari Shaklee yang bulan ni ada promo Vitalea Chew dan ESP (Produk terlajak laku keras)

RM0.00 Shaklee: Sep'15 Promo: "B7@6"-ESP(00P209), "B2Get5% Off"-ESP(00P229),"B4@3"-Vita-Lea for Children(00P219). Buy it NOW! TQ

ENERGIZING SOY PROTEIN (ESP)



Kalau promo yang ni memang suka lah sangat!!! Sebab Zah sendiri amalkan... memang best... energy, proses penyusuan, shaping, kulit.... macam2 la... Satu sebab lagi soya ESP selamat diamalkan sebab dia Non-GMO yang mana penghasilan adalah semulajadi. Tiada melibatkan penggunaan bahan kimia. Kurang kalori. Sangat sesuai diambil bagi yang nak slim-slim tu...

Kenapa Zah kata Promo bulan ni BERGABUNG MELETOP?? Sebabnya ESP antara produk yang sangat sesuai digabungkan dan diambil dengan mana-mana produk Shaklee yang lain mengikut permasalahan dan keperluan apa yang dikehendaki pengguna   Ini antara produk yang memang HOT permintaannya bila digabungkan bersama ESP...



Haa... MELETOPS tak ESP Shaklee??!!

VITALEA CHEW KIDS


Vitalea kids antara Vitamin yang Zah sentiasa sediakan untuk anak-anak Zah. Rasa anggur asli.. Manis-manis masam sedikit. Tapi anak-anak Zah memang sangat suka Vitalea kids ni. 



Combo Set Kanak-kanak ni memang awesome...  Kombinasi hebat untuk kesihatan dan minda simanja anak anda...

Dapatkannya Hari Ini!!!

Berminat boleh hubungi saya... 

==============================================================

MENCARI PENGEDAR SHAKLEE?? 
ATAU 
INGIN TAMBAH PENDAPATAN??

Hubungi....

AZIZAH
Pm / whatsapp : 0197665652
Add & pm Fb : Noorazizah Ishak
Like Page : Kasihku Untukmu

Dapatkan konsultasi PERCUMA dan TIPS EXCLUSIVE dengan setiap pembelian khas untuk anda!

COD AREA : Bandaraya Johor Bahru, Larkin, Bandar Baru Uda, Tampoi, Skudai, Taman U, UTM Skudai, Perumahan Pulai


PENGHANTARAN : SELURUH MALAYSIA!!!

1 September 2015

NUTRIWHITE GENTLE ACTION MAKEUP REMOVER

RM0.00 Shaklee: Place your order NOW. The NW Gentle Action Makeup Remover(14580) is now available at our branches & online at Shaklee2u. TQ

Bila dapat mesej macam ni dari Shaklee.. taulah yang stok baru Shaklee dah sampai... So kali ni Shaklee baru je 'restock' Gentle Action Makeup Remover...Produk yang ni memang selalulah kehabisan stok.. apa tak nya.. bila dapat je mesej ni berpusu-pusu lah orang memborong Makeup Remover Shaklee.. Antara produk2 yang terhangat di pasaran.. kerap sangat kehabisan stok...

Apa fungsi Makeup Remover sebenarnya??

Kebiasaannya Make up Remover ni mereka gunakan untuk menanggalkan makeup yang dah dipakai seharian. Selain tu untuk tanggalkan kotoran dimuka. Yelah kan, kulit muka kita sangat mudah terdedah dengan pelbagai kotoran tak kiralah samada udara, air, kosmetik mahupun sentuhan.  Kalau naik kederaan, kita banyak terdedah dengan asap-asap kenderaan, habuk tayar dan macam-macam lagi.. Itu belum lagi kalau kita berjalan kaki atau menaiki pengangkutan awam. Muka kita sangat terdedah dengan kotoran. Tambah lagi makeup yang kita pakai seharian.

Tapi suka tak kalau ada makeup remover ni yang bukan sekadar tanggalkan makeup je tapi boleh juga melicinkan kulit... Ada ke yang macam tu??? ADEEEEE....

Gentle Action Makeup Remover bukan sahaja mampu untuk menanggalkan kotoran malah mampu untuk mencantikkan kulit muka. Antara fungsi Nutriwhite Gentle Action Makeup Remover:
  • Melicinkan, melembutkan dan menyerikan kulit anda.
  • Tunas pokok bic menghilangkan sel mati
  • Aloe vera menyegarkan dan menegangkan kulit.
  • Lembut, tidak berminyak dan kulit anda kelihatan lebih berseri.
  • Menanggalkan bintik hitam dan bintik putih.
Makeup remover ni bukan sahaja untuk mereka yang suka merias wajah, tapi boleh juga pada mereka yang ingin menjaga kebersihan wajah. Boleh dilihat pada gambar ini, terdapat gentelan berwarna kelabu setelah Erna menggunakan Nutriwhite Gentle Action Makeup Remover. 

Bestnya Makeup remover ni, satu tiub boleh bertahan sehingga 6 bulan atau lebih. Boleh je nak pakai setiap hari sebab ia tiada bahan kimia... Hanya sedikit sahaja diperlukan untuk setiap penggunaan.. Maknanya sebulan hanya RM 15+/- sahaja dilaburkan untuk kecantikan yang optimum ni!!!



Erna akui ni adalah must buy item untuk produk Nutriwhite Shaklee. Nampakkan perbezaannya. Boleh lah Erna ucapkan bye2 kat whitehead dan blackhead. Kulit muka clear habis!!



DAPATKAN SEKARANG SEBELUM KEHABISAN STOK!!


Satu tiub : RM 95.00 (150ml) 

Nak dapatkan harga istimewa boleh hubungi saya...
==============================================================

MENCARI PENGEDAR SHAKLEE?? 
ATAU 
INGIN TAMBAH PENDAPATAN??

Hubungi....

AZIZAH
Pm / whatsapp : 0197665652
Add & pm Fb : Noorazizah Ishak
Like Page : Kasihku Untukmu

Dapatkan konsultasi PERCUMA dan TIPS EXCLUSIVE dengan setiap pembelian khas untuk anda!

COD AREA : Bandaraya Johor Bahru, Larkin, Bandar Baru Uda, Tampoi, Skudai, Taman U, UTM Skudai, Perumahan Pulai


PENGHANTARAN : SELURUH MALAYSIA!!!