15 June 2015

MASALAH PUTING MEREKAH

Post kali ni khas untuk ibu2 dan bakal ibu yang akan menimang cahaya mata tak lama lagi... Mungkin ada sesetengah ibu2 yang mengalami masalah ni... ada juga yang tidak pernah mengalaminya... Hanya yang pernah mengalami situasi ini yang faham kesakitan bila puting susu melecet...

Pasti sukar buat ibu2 bila menghadapi saat ini kan... nak menyusukan bayi rasa satu seksaan yang terpaksa ditempuh bagi memastikan si manja mendapat nutrisi yang terbaik..

Bagi ibu yang pertama kali menyusukan bayi tentu pernah mengalami kesakitan di bahagian puting payu dara ketika menyusukan si comel. Aduh, rasa seperti hendak berhenti menyusukan bayi jika mengalami masalah puting melecet dan luka. Tapi inilah cabaran buat ibu menyusu... untuk berikan yang terbaik pasti ada halangan yang menanti...


Mengapa ada pula ibu yang tidak mengalami masalah ini? Apa kata anda mengetahui punca penyebab masalah puting melecet kerana ia boleh diatasi.

Biasanya ibu yang mengalami masalah puting melecet atau luka disebabkan oleh posisi bayi yang tidak betul ketika menyusukannya. Ia memang perkara biasa kerana sebagai ibu baharu tentu sahaja belum ada pengalaman menyusukan bayi.

Akibat posisi menyusu yang kurang tepat dan pelekapan mulut bayi yang salah pada puting payu dara ibu membuatkan bayi kurang selesa semasa menyusu. Ini menyebabkan bayi akan berusaha untuk mencari posisi yang tepat untuk menyusu dengan caranya menarik puting ibu. Keadaan ini yang membuatkan puting ibu berasa sakit, pedih dan melecet.

Jadi, kunci utama untuk mengelakkan masalah putting melecet daripada berlaku adalah memastikan posisi dan pelekapan semasa menyusu bayi adalah betul. Ibu dan bayi mesti sama-sama selesa.

Sebenarnya ketika menyusu, bayi sepatutnya bukan menghisap puting ibu tetapi cara menyusu yang betul adalah bayi menghisap seluruh areola ibu. Kebanyakan ibu baharu tidak   hal ini. Mereka membiarkan bayi menghisap puting kerana fikir ia cara yang betul. Ini mengakibatkan puting melecet kerana bayi menghisap dan menarik puting.

Oleh itu semasa hendak menyusukan bayi, anda membuka mulut bayi seluasnya dan pastikan mulutnya masuk keseluruhan aerola ibu. Ketika bayi menghisap aerola maka puting ibu terletak di antara langit-langit mulut bayi. Maka ibu tidak akan mengalami masalah puting melecet.


Posisi ini membuatkan bayi menyusu dengan menggunakan lidahnya. Jadi, masalah melecet pada puting dapat dielakkan jika ibu memahami bagaimana cara menyusukan dengan betul. Perhatikan keadaan pipi bayi semasa menyusu. Ia sebagai petunjuk bayi menyusu dengan betul. Jika pipi bayi menggelembung itu bererti bayi sudah dalam kedudukan menyusu dan pelekapan yang betul.

Oleh itu, pastikan posisi bayi melekap mulutnya ke aerola sudah betul kerana ia mengelakkan anda mengalami masalah puting melecet, pedih dan luka seterusnya memudahkan proses kejayaan penyusuan susu ibu.

Bagaimana pula nak merawat puting melecet ni? Bagi saya yang pernah mengalami masalah puting melecet ni, saya memang akan cuba cari penyelesaian macamana nak bagi masalah ni selesai...

  • Bagi masalah yang tidak terlalu serius boleh la menggunakan air susu ibu sendiri... caranya.. bersihkan kawasan puting dan aerola dengan air suam... sapukan seluruh bahagian puting dengan air susu yang sebelah... maknanya jika masalah puting melecet sebelah kanan sapukan air susu dari susu sebelah kiri... begitu juga sebaliknya.. setiap kali selepas menyusu terus sapukan susu ibu dan dianginkan sementara....
  • Bagi masalah puting merekah yang terlalu serius sehingga berdarah.. Boleh disapukan dengan minyak kelapa dara atau atau minyak zaiton.. cara yang ni saya pernah mencubanya... dapat dari  seorang kawan baik... saya pernah mencubanya dan Alhamdulillah memang berkesan untuk masalah yang serius mcm ni.. 2 hari sahaja luka sembuh dan pulih seperti biasa....
  • Selain itu boleh juga menggunakan Herbal Blend Shaklee... cara yang sama di'apply'kn seperti minyak kelapa dara...
Cubalah.. ini pasti membantu anda mengurangkan kesakitan semasa menyusu... 




==============================================================

MENCARI PENGEDAR SHAKLEE?? 
ATAU 
INGIN TAMBAH PENDAPATAN??

Hubungi....

AZIZAH
Pm / whatsapp : 0197665652
Add & pm Fb : Noorazizah Ishak
Like Page : Kasihku Untukmu

Dapatkan konsultasi PERCUMA dan TIPS EXCLUSIVE dengan setiap pembelian khas untuk anda!

COD AREA : Bandaraya Johor Bahru, Larkin, Bandar Baru Uda, Tampoi, Skudai, Taman U, UTM Skudai, Perumahan Pulai


PENGHANTARAN : SELURUH MALAYSIA!!!

No comments:

Post a Comment