16 June 2015

KENCING MANIS KETIKA HAMIL

Kencing manis semasa mengandung kalau boleh kita tak nak ye..

Mengapa? Sebab ia memudaratkan kedua-dua ibu dan bayi dalam kandungan dan boleh berterusan hingga bersalin dan hingga bayi itu membesar! Susah la kan..kita ni seboleh nya inginkan yang paling selamat dan sempurna bukan?? Kencing manis ketika hamil tinggi risikonya terhadap kesihatan ibu dn bayi dalam kandungan semasa dan selepas kelahiran sebab tu tak boleh diambil ringan. Mencegah dan mengatasi kencing manis ketika mengandung adalah perlu.

Sebab tu masa mengandung ramai ibu-ibu kene minum AIR GULA! Sebab doktor nak tau toleransi tubuh kita terhadap gula...itu salah satu cara nak kesan masalah kencing manis semasa mengandung supaya senang nak mengawal dan merawatnya.

Kencing manis ketika mengandung turut dipanggil GDM. Jom tengok antara risiko dan kesan penyakit kencing manis semasa mengandung terhadap ibu dan bayi ~~~

Kesan kencing manis semasa mengandung pada ibu hamil;

  • Mudah mendapat jangkitan pada faraj.
  • Berisiko bersalin secara caesarean kerana saiz bayi yang terlebih besar.
  • Luka bersalin lambat sembuh maka berisiko mendapat jangkitan pada luka.
  • Berisiko menghidap diabetes tahap 2 di kemudian hari.

Kesan kencing manis semasa mengandung pada bayi;

  • Berisiko lahir pra-matang.
  • Berisiko kematian bayi dalam kandungan.
  • Bayi menjadi terlalu besar dan boleh menyebabkan kesukaran semasa proses bersalin.
  • Masalah kesihatan selepas lahir seperti hipoglisemia (gula rendah)dan jaundice (demam kuning).
  • Berisiko tinggi untuk menjadi obesiti dan menghidap diabetes di kemudian hari..
  • Berisiko ditahan di wad untuk jangka masa tertentu sebaik selepas kelahiran untuk pemantauan.

Sebelum kita menjurus ke arah cara mencegah dan mengatasi kencing manis semasa mengandung, jom tambah ilmu pengetahuan terlebih dahulu mengenai bagaimana kencing manis semasa hamil (Diabetes Gestasi) boleh berlaku.

Semasa hamil, tubuh sepatutnya akan menghasilkan insulin iaitu sejenis hormon yang dihasilkan oleh pankreas yang lebih tinggi daripada biasa bagi memenuhi keperluan ibu dan bayi terutamanya pada pertengahan hingga akhir kehamilan. Jika tubuh gagal menghasilkan insulin tambahan ini, tubuh akan mempunyai terlalu banyak gula dalam darah. Itu lah yang menyebabkan kencing manis dikalangan ibu-ibu mengandung.

Ni dia gambaran camana saiz bayi boleh membesar didalam kandungan jika ibu hamil menghidap kencing manis tidak mengawal masalahnya kencing manisnya.



Eh, apakah insulin ni?????
Insulin merupakan sejenis hormon yang dihasilkan oleh pankreas yang berfungsi mengawal dan memetabolisme kan gula dalam darah (blood glucose).

Dalam kebanyakan kes, kencing manis semasa hamil ni akan hilang selepas bersalin. Tapi jangan terlalu sedap hati ye, sebab anda berisiko untuk menghidap kencing manis tahap 2 pulak...naik pangkat gitu.

Siapa yang berisiko untuk mengalami kencing manis semasa mengandung??

  • Ibu hamil yang mempunyai berat badan berlebihan. Makan untuk 2 orang katanya...
  • Pernah melahirkan bayi seberat 4kg atau lebih.
  • Sejarah penyakit kencing manis dalam keturunan.
  • Kehamilan kembar.
  • Ibu yang hamil ketika berusia lebih 35 tahun.

Tanda-tanda kencing manis semasa mengandung???

  • Sering keletihan
  • Acapkali membuang air kecil
  • Sering dahaga yang melampau
  • Penglihatan yang kabur
  • Luka atau lebam yang lambat sembuh

Cara untuk mencegah dan mengawal kencing manis semasa mengandung ialah dengan mengawal diet dan lakukan senaman. Diet yang disarankan ialah dengan mengurangkan makanan dan minuman bergula, banyakkan pengambilan karbohidrat berserat, protin tanpa lemak seperti ikan dan soya dan lemak jenis baik (HDL)

Dalam 10-20% kes kencing manis semasa mengandung, ada yang tidak lagi dapat dikawal dengan diet dan senaman. Oleh itu ibu perlu ambil suntikan insulin untuk kawal tahap gula dalam darah.

Vitamin Shaklee yang boleh membantu ibu-ibu hamil mencegah dan mengawal kencing manis semasa mengandung adalah Set Hamil. Namun jika ibu-ibu inginkan yang lebih bajet, boleh lah ambil vitamin shaklee untuk kencing manis semasa mengandung seperti berikut



ESP (850gm ~ RM150.00) ~ Minuman protin berkualiti tinggi rendah indeks glisemik (GI) yang membantu mengawal insulin dalam darah. Ia membantu ibu mengawal pemakanan dan mengawal paras gula.
BComplex (120 biji ~ RM54.00) ~ Menggalakkan metabolisme gula dan pembebasan tenaga. Menukarkan makanan kedalam bentuk tenaga.
Vitalea (120 biji ~ RM89.00) ~ Lengkap dengan 19 mineral termasuk zink yang penting untuk penghasilan insulin dan penyembuhan luka, zat besi untuk pembinaan sel darah merah.


Pengalaman sendiri semasa kehamilan ke tiga Alhamdulillah saya bebas risiko kencing manis semasa kena minum air gula tu... dari 4.0 sebelum minum.. kepada 4.1 selepas minum air gula... Sebab saya kene minum air gula, berat badan naik mendadak sehingga 4kg dalam masa sebulan... kalau ikutkan memang berisiko kencing manis.. tapi Alhamdulillah sejak saya amalkan SET KEHAMILAN SHAKLEE memang banyak membantu dari segi kesihatan... 

==============================================================

MENCARI PENGEDAR SHAKLEE?? 
ATAU 
INGIN TAMBAH PENDAPATAN??

Hubungi....

AZIZAH
Pm / whatsapp : 0197665652
Add & pm Fb : Noorazizah Ishak
Like Page : Kasihku Untukmu

Dapatkan konsultasi PERCUMA dan TIPS EXCLUSIVE dengan setiap pembelian khas untuk anda!

COD AREA : Bandaraya Johor Bahru, Larkin, Bandar Baru Uda, Tampoi, Skudai, Taman U, UTM Skudai, Perumahan Pulai


PENGHANTARAN : SELURUH MALAYSIA!!!

No comments:

Post a Comment