15 April 2015

KELAHIRAN BARU

Alhamdulillah...sudah lahir seorang lagi umat nabi muhammad... sepenuh tenaga melahirkannya.... sakit kuat bermula jam 9 malam 7.4.2015.... setiap 5 minit sekali menekan bahagian pinggang membawa ke punggung dan bawah perut..  perit... sakit... hanya Allah yang tahu... zikir Nabi Yusuf di dalam perut ikan Nun sentiasa membasahi bibir... mengerang kesakitan seorang diri dalam wad membuat aku rasa lemah... tapi demi kandungan ku aku kuatkan juga... 

Jam 11.30 malam sakit semakin kerap dan aku dah tak tertahan menahannya... aku beritahu nurse kekerapan sakitku dan selepas buat pemeriksaan aku diarah untuk masuk ke labour room... masa tu air ketuban dah pun dipecahkan... aku call husband yang sentiasa setia menunggu dari jam 12tghr tadi...

Setelah sekuat tenaga aku guna ntah kenapa kali ni aku seolah2 tak kuat untuk melahirkannya... Alhamdulillah kali ni suami dibenarkan masuk ke Labour room... Suami banyak beriku semangat walaupun sebelum tu nurse n doktor kat situ dah beri kata2 semngat....tapi aku tetap xkuat... doktor kata baby dah engage... means memang dah betul2 berada dilaluannya... tapi kudratku hilang ntah ke mana... setelah meneran beberapa kali baru aku berjaya melahirkan seorang bayi lelaki seberat 3kg pada pukul 1.22 pagi... Alhamdulillah syukur pada mu Ya Allah... sempurna sifatnya....sihat... tiada masalah... gembiranya hati... 

Alhamdulillah sekali lagi... kelahiran kali ni aku tidak lemah seperti dua kelahiran sebelum ni walaupun banyak tenaga dh digunakan... masih larat hendak ke bilik air sendiri selepas keluar dari labour room... kalau dulu siap berpapah-papah... kali ni Alhamdulillah boleh buat sendiri... 

Betul lah kata orang melahirkan anak lelaki kita akan menggunakan sepenuh tenaga yang ada dan 2 urat putus... memang berbeza melahirkan anak lelaki dan perempuan...  salute pada kakak ku yang dah melahirkan 3 orang anak lelaki... 

Jom belanja gambar sikit si bujang yang baru 8 hari menjengah dunia...

Kesayangan Ayah....

Muhammad Laiz Arsalan nama diberi... memberi maksud Muhammad perutusan yang berani... semoga dia menjadi anak yamg sentiasa menjadikan agama tunggak hidupnya....amin
==============================================================

MENCARI PENGEDAR SHAKLEE?? 
ATAU 
INGIN TAMBAH PENDAPATAN??

Hubungi....

AZIZAH
Pm / whatsapp : 0197665652
Add & pm Fb : Noorazizah Ishak
Like Page : Kasihku Untukmu

Dapatkan konsultasi PERCUMA dan TIPS EXCLUSIVE dengan setiap pembelian khas untuk anda!

COD AREA : Bandaraya Johor Bahru, Larkin, Bandar Baru Uda, Tampoi, Skudai, Taman U, UTM Skudai, Perumahan Pulai


PENGHANTARAN : SELURUH MALAYSIA!!!

No comments:

Post a Comment