14 December 2014

RESEPI : PUDING ROTI BAKAR BERSAMA SOS KASTARD

Weekend hari teringin sangat nak buat desert.... Teringat lak kat roti kat dapur satu bundle yang masih xberusik tu... Dalam kesibukan study tu sempat jugak menyiapkan Puding roti bakar...hihihi

Mulanya ni faveret husb... Tak suka pun nak mencuba... Tapi bila dah cuba, sedap rupanya... Tu yang teringin nak buat...



Tengah tunggu dia garing sikit bahagian atas tu

Tadaaaa!! Hasilnya....

En hubby suka sangat... Dia kata dah sama macam kat hotel....hihihi...

Mengulang sampai 3 Kali... Sedap sangat la tu... Aliya suka tapi Nisya tak berapa... Sebab Nisya tak suka cuba makanan baru... Tapi kalau si Aliya pantang jumpa makanan... Semua dia ngap....

Disebabkan ada yang request resepi.. So zah sharing la resepi untuk rasa keenakkan nya bersama... Zah guna resepi blogger husnazahidi

Zah ada adjust sikit resepi dia ikut apa yang ada kat rumah tu....

RESEPI PUDING ROTI BAKAR BERSAMA SOS KASTARD



Bahan-bahan untuk puding roti:
8 keping roti
2 cawan susu segar (zah sukat guna mug)
4 sudu besar gula halus (zah ganti hula Pasir)
2 biji telur
1 sudu teh esen vanilla
2 sudu besar mentega (cairkan)
1 kotak kecil kismis


Bahan-bahan untuk sos kastard:
1 tin susu cair
1/4 tin air (guna tin susu cair tadi)
2 sudu besar tepung kastad
2 sudu besar gula halus (ni pun guna gula Pasir je)
1 sudu teh esen vanilla




Cara-caranya:


1. Masukkan susu segar, gula halus, telur, dan esen vanilla dalam satu bekas. Kacau sebati, husna kacau guna mixer je, senang nak sebatikan semua.. lepas tu jangan syok plak sampai kembang setaman adunan tu.. Cukup lah sekadar telur tu dah pecah elok pastu boleh mesra dengan yang lain..

Masa kat sini zah tersilap... Sebab termasukkan sekali mentega yang dicairkan tu... Sepatutnya tak payah... Tapi jadi je.... Hihihi


2. Carikkan roti dalam 4 bahagian, dan masukkan dalam bekas adunan, biar terendam dan meresap sekejap.. Masukkan marjerin yang dah dicairkan serta separuh kismis kedalam bekas tadi dan gaul sedikit..

Ha.. Majerin tu patutnya kat sini.. Letak atas roti tu... Biar nampak keperangan bila bakar... Pastikan roti betul2 terendam sepenuhnya...

3. Sapukan sedikit marjerin dalam loyang untuk membakar.. (Zah terlupa nak sapu sebab excited sangat nak membakar... 😊)
Tuangkan roti yang telah direndam tadi dalam loyang pembakar.. Taburkan baki kismis atas adunan.. Bakar pada suhu 180C selama 30 minit.. Kalau risau hangit, pepandai adjust.. mulakan dengan beberapa minit dahulu, lepas tu kalau tak masak lagi, masukkan semula tambah minit..

Mass membakar ni kena adjust sendiri... Zah buat suhu 170C dalam masa 40 minit... Guna api atas je sebab nak garing bahagian atas..yang bawah nak biar lembab...

Untuk sos kastard:
satukan bahan-bahan sos kastard ke dalam periuk.. petua untuk elakkan tepung kastard berketul-ketul semasa memasak, jangan panaskan lagi periuk, kacau dulu tepung bagi sebati.. dah larut/hancur baru letak atas dapur dan panaskan guna api sederhana.. masak sampai pekat.. kepekatan sos terpulang pada selera.. dah sejuk nanti lagi pekat sebenarnya..




So dah siap bakar... Bolehlah hidangkan... Panas atau sejuk, dua2 sedap...

SELAMAT MENCUBA!!!

===========================================

MENCARI PENGEDAR SHAKLEE?? ATAU 
INGIN TAMBAH PENDAPATAN??

Hubungi....

AZIZAH
Pm / whatsapp : 0197665652
Add & pm Fb : Noorazizah Ishak
Like Page : Kasihku Untukmu

Dapatkan konsultasi PERCUMA dan TIPS EXCLUSIVE dengan setiap pembelian khas untuk anda!

COD AREA : Bandaraya Johor Bahru, Larkin, Bandar Baru Uda, Tampoi, Skudai, Taman U, UTM Skudai, Perumahan Pulai

PENGHANTARAN : SELURUH MALAYSIA!!!

No comments:

Post a Comment