24 March 2014

CIRIT-BIRIT DAN MUNTAH : APA YANG PERLU DILAKUKAN???

Assalamualaikum semua...

Lately bila buka status FB agak ramai juga yang alami masalah cirit-birit dan muntah-muntah.. Mungkin dari faktor pemakanan atau pun sumber air tidak bersih.. Yela, Malaysia pun baru lepas alami masalah catuan air di sebahagian tempat.. so, untuk memulihkan semula mungkin mengambil masa kan...

Ok zah nak share sikit info untuk dikongsi bersama berkenaan cirit birit dan muntah-muntah ni...


CIRIT-BIRIT

Cirit-birit dicirikan oleh peningkatan kekerapan membuang air besar yang lembut dan berair daripada biasa. Ia biasanya merupakan satu simptom jangkitan gastrousus yang boleh disebabkan oleh pelbagai bakteria (Shigella, Escherichia colli), virus-virus (Rotavirus) dan parasit. Ia juga boleh berpunca daripada pelbagai penyakit seperti penyakit-penyakit usus, penyakit-penyakit fungsi usus dan gangguan endokrin. Tidak tolerans terhadap makanan atau tindak balas terhadap sesetengah ubatan juga mungkin boleh mengakibatkan cirit-birit.

Dehidrasi

Cirit-birit yang teruk boleh mengakibatkan kehilangan cecair (dehidrasi), dan mungkin boleh mengancam nyawa, terutama sekali di kalangan kanak-kanak kecil. Simptom-simptom dehidrasi ermasuk kering mulut, mata tenggelam, kulit kering berkedut, air mata yang sedikit atau tidak keluar semasa menangis, urin yang berwarna gelap dan pekat, dan rasa mengantuk atau kelesuan yang tidak normal. Jika anak anda mengalami dehidrasi atau hampir mengalaminya, berikan dia cecair yang mengandungi garam oral rehidrasi dengan secepat mungkin. Ia boleh dibeli daripada doktor atau farmasi. Bawa anak anda berjumpa doktor dengan segera jika dia masih mengalami dehidrasi.


Perhatikan Jika

Bawa anak anda berjumpa doktor dengan segera jika dia mengalami keadaan seperti berikut:
1. Mulut kering
2. Mata cengkung (gelap je bawah mata dia orang)
3. Kulit kering dan berkedut
4.  Sedikit atau tiada air mata apabila menangis
5. Tidak ada kencing selama 4-6 jam
6. Kurang daripada 3 kali sehari je kencing
7. Ubun bayi kelihatan lekok
8. Tidak aktif atau tidak bermaya


Apa yang Perlu Dilakukan
1. Pastikan anak anda minum cecari yang banyak.
2. Terus memberi anak anda diet yang seperti biasa atau tingkatkan penyusuan susu badan.
3. Dapatkan nasihat doktor anda tentang pemakanan atau pemberian supplemen.


PERINGATAN: JANGAN BERI UBATAN UNTUK MEMBERHENTIKAN CIRIT-BIRIT.



MUNTAH
Apabila anak anda muntah, isi kandungan perutnya akan dipaksa naik ke esofagus dan keluar daripada mulutnya. Sesetengah daripada punca-puncanya termasuk, jangkitan virus di perut (gastroenteritis), iritasi perut, keracunan makanan dan jangkitan saluran kencing. Di dalam sesetengah kes, muntah boleh menjadi satu simptom untuk keadaan yang serius, seperti penyumbatan saluran penghadaman, gangguan di dalam mekanisme keseimbangan dalam telinga, konkusi (kecederaan kepala) dan jangkitan di dalm otak (meningitis).

Oleh kerana anak anda mungkin akan kehilangan jumlah cecari yang banyak apabila muntah, terutama sekali jika dia telah muntah serta diiringi dengan cirit-birit, maka dia mungkin berisiko tinggi untuk mengalami dehidrasi. Dehidrasi yang tidak dirawat boleh mengancam nyawa.

Perhatikan Jika

Bawa anak anda berjumpa doktor jika dia:
1. Muntah berulang kali
2. Memuntahkan cecair berwarna hijau-kuning (hempedu)
3. Mempunyai demam atau sakit kepala.
4. Memuntahkan darah (warna merah cerah, perang dan hitam)
5. Rasa mengantuk dan pening-pening lalat.
6. Enggan makan
7. Menunjukkan tanda-tanda dehidrasi.

Apa yang Perlu dilakukan
1. Biarkan anak anda muntah. Jangan menahan muntah.
2. Pusingkan kepala anak anda dengan mukanya menghadap besen/tuala bagi mengelakkannya daripada tersedut muntah.
3. Tenangkan hati anak anda semasa dia sedang muntaH.
4. Pastikan anak anda minum cecair yang banyak selepas muntah untuk mengelakkan dehidrasi.
5. Beri anak anda makan dalam kuantiti yang sedikit tetapi dengan lebih kerap, seperti 4-5 waktu makan dengan sajian yang lebih kecil berbandaing 2-3 waktu makan besar di dalam sehari.
6. Pastikan anak anda tidak makan makanan pejal sehingga dia berhenti daripada muntah.
7. Jangan berlengah mendapatkan bantuan perubatan jika simptom-simptomnya berlanjutan.


Bagaimana Shaklee membantu dalam masalah ini??




Boleh berikan Performance Drink untuk pastikan kandungan bendalir dalam badan adalah stabil.. Ini adalah bagi mengelakkan dehidrasi.. Boleh diberikan pada kanak-kanak berumur 1 tahun dan ke atas..
Berperisa oren yang semulajadi



Selain itu juga boleh diberikan Nutriferon bagi meningkatkan antibodi badan dan juga melawan virus yang berada dalam badan. Juga sangat sesuai diambil oleh kanak-kanak berumur 1 tahun dan ke atas mengikut sukatan yang diberikan.. Sangat digalakkan untuk di ambil bersama-sam Performance Drink.



Nak dapatkan Shaklee?? Hubungi :

AZIZAH
Pm / whatsapp : 0197665652
Add & pm Fb : Noorazizah Ishak

Dapatkan konsultasi PERCUMA dan TIPS EXCLUSIVE dengan setiap pembelian khas untuk anda! 

Segala testimoni/penulisan mengenai produk di laman ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah atau menyembuhkan apa jua penyakit. Mereka yang mengalami masalah kesihatan diminta rujuk pada pakar perubatan terlebih dahulu.

Cod area: Bandaraya JB, Larkin, Pulai Indah, Kangkar Pulai, Pulai Perdana dan kawasan perumahan pulai yang berdekatan

No comments:

Post a Comment