15 March 2014

BERDENGKUR!!! TAK LENA TIDUR DIBUATNYA!!!

Assalamualaikum semua!!!

Hari ni dah hari ke 8 misi SAR MH370 dilaksanakan..semoga  dipermudahkan semua urusan kru2 yang terlibat dalam misteri ini... Semoga Allah bersama mereka dalam misi ini...

************************************************
Berdengkur boleh menyebabkan pasangannya tak nyenyak tidur. Kebanyakan orang menganggap berdengkur adalah perkara biasa, namun ia sebenarnya boleh mendatangkan kesan negatif kepada kehidupan dan kesihatan seseorang. Kesan paling cepat dan jelas ialah kerap berasa letih dan mengantuk pada waktu siang.


Bagaimana berdengkur boleh menyebabkan seseorang itu kurang tidur kerana pada anggapan umum, dengkuran menjadi tanda tidur yang nyenyak?

Sebenarnya, dengkuran boleh membuatkan kita kerap terjaga daripada tidur dan biasanya kita mengambil sedikit masa untuk kembali lena. Apabila tidur kerap terganggu, kita berasa letih dan mengantuk keesokan harinya.

Secara purata, kita menghabiskan satu pertiga daripada hidup dengan tidur.Tidur bukan perkara sia-sia kerana ia adalah waktu untuk badan berehat,meningkatkan keupayaan mental, ingatan dan fungsi psikologi. Malah,ketika tidur juga badan berpeluang menghasilkan sel baru dan memperbaikitisu rosak. Sesetengah orang bertuah kerana mereka mudah terlena sebaikmeletakkan kepala di bantal. Tidur adalah fasa tidak sedar sementara. Bagi kebanyakan orang, waktu tidur yang cukup ialah antara tujuh hinggasembilan jam.

Dengkuran adalah bunyi yang terhasil apabila saluran pernafasan tersekat ketika tidur .Ketika tidur, otot pada lelangit lembut (bahagian tisu lembut pada hujung lelangit yang kelihatan tergantung dan berhampiran dengan tekak, dipanggil uvula), lidah dan kerongkong akan berehat.

Jika tisu dalam kerongkong dalam keadaan terlalu rehat, ia akan bergetar. Getaran ini menghalang dan menyempitkan laluan udara. Apabila keadaan ini berlaku, tekanan dalam kerongkong menjadi tinggi.Semakin tinggi tekanan, semakin kuat getaran tisu dalam kerongkong dan keadaan ini menyebabkan bunyi dengkur. Dengkuran menjadi lebih kuat jika tekanan dalam saluran pernafasan semakin tinggi.

Untuk mengatasi perkara ini, mulut secara automatik terbuka bagi membolehkan lebih banyak udara masuk dan masalah berdengkur lebih kerap berlaku pada orang gemuk kerana kehadiran banyak tisu
lemak pada saluran pernafasan.

Menurutnya, punca dengkuran kanak-kanak berbeza dengan orang dewasa. Dengkuran kanak-kanak biasanya disebabkan masalah tonsil atau adenoid (pengumpulan tisu limfatik pada bahagian belakang hidung).

Rawatan untuk kanak-kanak berdengkur juga lebih mudah iaitu dengan membuang tonsil yang bengkak atau besar.

Pada kanak-kanak, dengkuran dianggap perkara normal, tetapi jika berlanjutan sehingga dewasa ia menjadi gangguan bukan saja pada individu berkenaan, tetapi kepada pasangan atau orang lain yang
tidur berhampiran.








Rawatan.

Terdapat beberapa kaedah bukan pembedahan boleh digunakan mengatasi masalah dengkur seperti:

# Mengubah gaya hidup dan mengurangkan berat badan khususnya bagi individu yang terlalu gemuk.

# Elak minum minuman beralkohol, mengandungi kafein (seperti kopi) dan merokok sebelum tidur.

# Mengubah posisi ketika tidur dikatakan dapat membantu mengurangkan masalah dengkur. Masalah ini lebih jelas jika tidur terlentang berbanding tidur mengiring.

# Jangan bersenam sebelum tidur kerana ia membuatkan seseorang berasa lebih segar dan sukar melelapkan mata.

# Elak keadaan yang boleh membuatkan anda terhutang tidur seperti menonton televisyen atau melayari Internet hingga jauh malam. Jika terhutang tidur, elok digantikan segera; sebaik-baiknya pada keesokan Harinya.

# Titik beratkan kebersihan persekitaran tempat tidur dan pastikan bilik tidur anda dalam keadaan menenangkan.

# Gunakan pelekap khas pada hidung yang membantu membuka saluran pernafasan menjadi lebih besar.

# Gunakan semburan hidung



Kalau tak okay jugak tips dan petua yang diamalkan tu, cuba amalkan pengambilan Vitamin E Shaklee! Vitamin yang terkenal dengan pelbagai fungsi untuk kecantikan, kesihatan jantung, awet muda dan ia juga mampu membantu untuk mengurangkan masalah dengkuran. Ehem, untuk hubungan intim pun boleh tau!



Vitamin E mempunyai antioksida dan membantu proses pengangkutan oksigen dalam darah. Ia mampu untuk mengatasi masalah dengkuran dengan membantu melancarkan saluran pernafasan semasa tidur. Vitamin E membolehkan hemoglobin dalam sel darah merah untuk membekalkan oksigen ke seluruh tubuh dengan lebih efisien.

So, boleh lah cuba untuk atasi masalah berdengkur pasangan anda kan...
Ia dapat membantu anda dan pasangan untuk tidur dengan lebih tenang...





Nak dapatkan Shaklee?? Hubungi :

AZIZAH
Pm / whatsapp : 0197665652
Add & pm Fb : Noorazizah Ishak

Dapatkan konsultasi PERCUMA dan TIPS EXCLUSIVE dengan setiap pembelian khas untuk anda! 

Segala testimoni/penulisan mengenai produk di laman ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah atau menyembuhkan apa jua penyakit. Mereka yang mengalami masalah kesihatan diminta rujuk pada pakar perubatan terlebih dahulu.

Cod area: Bandaraya JB, Larkin, Pulai Indah, Kangkar Pulai, Pulai Perdana dan kawasan perumahan pulai yang berdekatan

No comments:

Post a Comment