10 February 2014

Tips:Cara mengurangkan demam kuning kepada bayi baru lahir

Cara mengurangkan demam kuning kepada bayi baru lahir semasa ibu mengandung :

1. Jaga kesihatan semasa mengandung terutamanya apabila telah masuk trimester ke-3. Dapatkan rehat yang cukup, amalkan pemakanan yang baik dan makan pil yang diberi oleh doktor. Kelahiran bayi pra matang antara faktor berlakunya demam kuning.

2. Elak menggunakan ubat untuk bersalin. Cuba bersalin secara semula jadi. Bincang dengan doktor berkenaan penggunaan ubat untuk bersalin. Penggunaan ubat semasa bersalin antara faktor penyebab demam kuning.

3. Bersedia secara fizikal dan mental semasa mengandung untuk menyusukan bayi sebaik sahaja bayi dilahirkan. Persediaan awal akan menyebabkan air susu akan lebih cepat dikeluarkan selepas bayi dilahirkan. Demam kuning akan berkurangan jika bayi selalu menyusu dan membuang najis serta air kencing. Bilirubin iaitu penyebab demam kuning akan dikeluarkan melalui najis dan air kencing bayi. (Dikatakan 98% akan dikeluarkan melalui najis bayi dan 2% melalui air kencing).

4. Minum air kelapa asli tanpa apa-apa campuran bahan lain bagi ibu mengandung. Air kelapa dikatakan boleh membuang toksin di dalam badan. Seterusnya menghasilkan air susu yang baik untuk bayi yang bakal dilahirkan. Bayi yang terkena demam kuning digalakkan untuk minum susu ibu.

5. Kurangkan pengambilan halia semasa masa bersalin sudah hampir tiba (dalam trimester ke tiga) dan juga selepas bersalin. Halia merupakan sejenis herba dan boleh menyebabkan bacaan demam kuning meningkat.


Nak dapatkan Shaklee pada harga jimat?? Hubungi :

AZIZAH
Pm / whatsapp : 0197665652
Add & pm Fb : Noorazizah Ishak

Dapatkan konsultasi PERCUMA dan TIPS EXCLUSIVE dengan setiap pembelian khas untuk anda! 

Segala testimoni/penulisan mengenai produk di laman ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah atau menyembuhkan apa jua penyakit. Mereka yang mengalami masalah kesihatan diminta rujuk pada pakar perubatan terlebih dahulu.

Cod area: Bandaraya JB, Larkin, Pulai Indah, Kangkar Pulai, Pulai Perdana dan kawasan perumahan pulai yang berdekatan

No comments:

Post a Comment