24 September 2013

SET PENJAGAAN KULIT NUTRIWHITE SHAKLEE

Nutriwhite Shaklee bekerja dengan 5 cara

1. MENGHALANG
  • menghalang dan melindungi dari pancaran sinar uv yang boleh merosakkan kulit


2. MENGURANGKAN
  • Mengurangkan pigmen gelap dan mencegah kulit kusam

3. MENYEKAT
  • Menyekat dari pengwujudan tompok - tompok hitam dan pigmen gelap

4. MENCERAH
  • Menjadikan tona kulit lebih cerah dan sekata

5. MEMPERBAHARUI
  • Mengeluarkan sel-sel kulit mati yang membawa kepada blotchiness, dan menjadikan kulit lebih cerah dan sekata





Sekilas Info mengenai Nutriwhite Shaklee

  • Dibangunkan oleh saintis dan pakar-pakar penjagaan kulit di Jepun dan Amerika
  • 3 tahun pembangunan produk
  • Pemilihan bahan aktif dan mentah yang diperolehi dari 16 buah negara
  • Ujian yang menyeluruh
  • Ramuan gabungan yang optimum
  • Selamat dan berkesan
  • Vitamin C derivatif (ascorbyl / glucoside) ramuan selamat dan terbukti 
  • Patent-pending WhiteN-16 adalah campuran daripada 16 nutrien botani yang kuat yang membantu mengurangkan penampilan melanin yang sedia ada untuk mewujudkan lebih putih, kulit lebih cerah dan bercahaya

Bahan-bahan yang terdapat dalam NutriWhite Shaklee:

Gabungan 16 ramuan botani yang mujarab:
  • Bearberry - meringankan, melegakan dan mengurangkan keradangan
  • Soybean - mencerahkan, melembutkan, melembap dan mengurangkan tompok
  • Skullcap - meringankan, mengurangkan keradangan dengan flavonoid
  • Beech Tree - meringankan, meningkatkan proses semulajadi dan melegakan kulit
  • Strawberry Begonia -mencerahkan dan pigmentasi
  • Mullberry - mencegah kerosakan kulit dan melembap
  • Peony - mencerahkan, melembapkan dan mengurangkan keradangan
  • Rosemary - mengetatkan, merangsangkan dan mengurangkan keradangan
  • Aloe Vera - melegakan, melembapkan dan keradangan
  • Mountain Arnica - mengurangkan keradangan dengan flavones
  • Cat's Claw - menegangkan dan menyegarkan dengan cotechin
  • Kudzu Leaf & Roots - menegang dan mengurangkan keradangan
  • Linden - menyuburkan dan menghidrat di peringkat dalam
  • Marshmallow - melembapkan dengan tanin
  • Seaweed - mengeluarkan, memelihara dan menegangkan
  • Green Algae - menyahtoksin dan melembapkan

Set penjagaan wajah NutriWhite Shaklee mengandungi:

1. Gentle Deep Foam Cleansing
2. Soothing Radiance Whitening Softener 
3. Daily Defense Whitening Essence
4. Ultimate Protection Whitening Lotion
5. Overnight Renewal Whitening Cream
6. Gentle Action Makeup Remover
7. Spot Whitening Treatment

GENTLE DEEP FOAMING CLEASER 

- Membersihkan dan menyegarkan kulit
- Rumpai laut menghilangkan kekotoran, membuang sel-sel mati dan menegangkan
- Alga Hijau menyahtoksin dan melembapkan
- Strawberi Begonia mencerahkan dan mengimbangkan pigmen
- Lembut dan menyegarkan

SOOTHING RADIANCE WHITENING SOFTENER
- Ia lembut dan mengembalikan kulit pada pH yang seimbang
- Kulit berasa lebih segar dan tegang dengan Rosemary
- Kudzu menegangkan dan mencerahkan
- Marshmallow melembapkan
- Ianya sangat berkesan

DAILY DEFENSE WHITENING ESSENCE

Cara yang menyenangkan untuk mendapatkan kulit muka yang licin dan berseri yang diformulasi dengan:

- Bearberry untuk mencerahkan dan menegangkan kulit,
- Strawberi Begonia untuk mengimbangkan pigmen
- Kacang Soya untuk melembutkan dan mengurangkan tompok-tompok hitam
- Mulberi untuk mencegah daripada kerosakan kesan daripada cahaya matahari
- Di samping itu, Vitamin C aktif ditambah untuk memperbaiki kulit serta mengembalikan seri wajah
- Lembut dan mudah diserap oleh kulit

ULTIMATE PROTECTION WHITENING LOTION SPF 15
- Licin serta kaya dengan pati botani seperti Mulberi untuk mencegah kerosakan kulit kesan daripada cahaya matahari 
- Mountain Arnica untuk menghilangkan radang kulit
- pelembap yang bertindak daripada semua sudut ini melindungi anda daripada kesan-kesan memudaratkan cahaya matahari 
- membantu membina daya ketahanan kulit terhadap kerosakan persekitaran

OVERNIGHT RENEWAL WHITENING CREAM
- Memperbaharui dan mengembalikan keremajaan kulit sewaktu tidur
- Linden menyihatkan serta melembapkan kulit secara mendalam
- Scullcap mencerah dan menghilangkan radang kulit
- Vitamin C aktif mengurangkan tompok-tompok hitam serta mengembalikan keserian wajah
- Pada waktu pagi, anda akan bangun dengan kulit yang gebu, halus, cerah dan berseri

GENTLE ACTION MAKE UP REMOVER
- Menjadikan kulit anda licin, lembut dan berseri
- Tunas Pokok Bic menghilangkan sel mati dengan lembut tanpa meninggalkan kesan
- Aloe Vera menyegarkan dan menegangkan kulit
- Lembut, tidak berminyak, dan kulit anda akan kelihatan lebih berseri

SPOT WHITENING TREATMENT
- Memperbaiki kesan-kesan matahari serta jeragat kulit dengan cepat
- Kuasa pencerahan botani dihasilkan daripada pati Likuoris dan Peony, yang amat bernilai disebabkan kesannya dalam mencerahkan, melindungi serta menghilangkan radang kulit
- Cats Claw menegangkan kulit
- Vitamin C aktif membawa kecerahan yang baru untuk kulit anda dengan rawak wajah yang lebih halus


Sumber : http://ummierna.blogspot.com/2013/07/nutriwhite-set-penjagaan-muka-shaklee.html?m=1


NAK ORDER????

Sms/Whatsapp: 019-7665652
Add friend & PM : Noorazizah Ishak
Page : Kasihku Untukmu


Segala testimoni/penulisan mengenai produk di laman ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah atau menyembuhkan apa jua penyakit. Mereka yang mengalami masalah kesihatan diminta rujuk pada pakar perubatan terlebih dahulu...


Dapatkan konsultasi PERCUMA dan TIPS EXCLUSIVE dengan setiap pembelian khas untuk anda! 



COD AREA: Bandaraya JB, Larkin, Skudai, Taman Universiti, Jalan Pontian, Batu Pahat dan Pontian( bila saya balik kampung ye.. ;) )

19 September 2013

SET PENJAGAAN RAMBUT SHAKLEE

Rambut adalah mahkota paling berharga bagi seorang wanita. Memiliki rambut yang cantik adalah satu lumrah idaman setiap wanita.. Ianya merupakan antara aset yang paling berharga buat wanita untuk peliharanya agar ia sentiasa kelihatan anggun dan mempersonakan. Namun bagi wanita yang bertudung, usah memandang remeh terhadap rambut anda walaupun ianya merupakan aurat yang ditutup rapi bagi pandangan luar.

Berdasarkan kajian, ramai para wanita mengalami masalah kerosakkan rambut atau mudah mengalami keguguran rambut. Disebabkan iklim sekeliling, pemakanan, gaya hidup dan pelbagai lagi faktor yang melibatkan tekanan dan sebagainya.. Senang citer.. Rambut tak sihat :-(

Bertudung Bukan Satu Alasan dan Bukan Halangan

Bertudung adalah satu kewajipan bagi wanita muslim. Walaupun bertudung, menjaga perhiasan diri juga adalah satu kewajipan bagi seorang wanita. Menjaga rambut juga adalah satu kewajipan bagi seorang wanita. Mempunyai kerosakkan rambut akibat bertudung adalah satu mitos.

Rambut yang rosak.. Ianya tidak boleh dijadikan satu alasan buat para wanita untuk tidak bertudung melainkan atas sebab-sebab tertentu atau atas nasihat doktor. Peliharalah dan menjaga rambut anda sebaik-baiknya kerana ia merupakan sebahagian kecantikkan seorang wanita.


Masalah Utama Rambut Mereka Yang Bertudung..

Berikut antara masalah utama rambut mereka yang sering terjadi pada wanita yang bertudung:

~ Rambut Berbau
~ Rambut Mudah Gugur
~ Kulit Kepala Berminyak
~ Hujung Rambut Berbuah
~ Berkelimumur


Adakah anda juga pernah mengalami perkara-perkara seperti ini?

Jika anda juga pernah mengalami perkara seperti ini.. Atau anda merupakan seorang wanita yang sering melakukan pencegahan awal.. Teruskan pembacaan..


Usah Risau..

Jika anda mengalami perkara-perkara seperti diatas tadi. Usah risau kerana saya dulu juga seperti anda. Kadangkala kerana rambut yang tidak sihat, banyak kerja harian turut menganggu. Gatal lah, Cepat Gugurlah dan sering kering.. Lantas keyakinan diri juga turut merudum. Lalu menganggu produktiviti :-(

Perkara yang paling penting sekali untuk menjaga rambut ni adalah pemilihan shampoo yang sesuai. Jom kita baca kebaikan set penjagaan rambut ProSante Shaklee ini. Produk ini adalah bebas kimia dan selamat digunakan.



Long Lasting Finishing Spray
> “Medium hold” memastikan gaya rambut tidak berubah
> Memberikan perlindungan UV
> Menguruskan rambut yang dikeriting halus dan rambut yang mudah kusut



Revitalizing Shampoo
> Melicinkan kutikel rambut dan melebatkan rambut
> Sistem pembersih yang lembut dan berpaten
> Menyegarkan dan menyeimbangkan kulit kepala dan rambut tanpa terlalu melembapkan atau mengeringkannya


Purifying Shampoo
> Membersih dengan menyeluruh, menyingkirkan sisa-sisa produk fesyen rambut, pengumpulan mineral dan bahan-bahan cemar persekitaran lain
> Mengekalkan keseimbangan lipid dan lembapan semulajadi serta tidak melunturkan warna rambut
Ideal untuk mengawal lapisan kulit kepala yang sihat, rambut juga tidak berkelemumur


Replenishing Conditioner
> Perapi dan pelembap yang pekat bagi rambut yang berkilat dan lembut bak sutera
> Memperbaiki kerosakan pada permukaan rambut dan memperbaiki hujung rambut yang bercabang
> Menguatkan rambut dengan protein dan humektan yang berasal dari alam semulajadi


Lightweight Conditioner
> Melicinkan dan melembapkan rambut tanpa menjadikannya terlalu melekit
> Mengembalikan elemen struktur supaya rambut kelihatan lebat, berkilat dan sihat
> Menghilangkan kesan statik agar rambut mudah digayakan dan diurus


Nourishing Scalp Treatment
> Menyelesaikan semua masalah rambut dengan serum yang amat mudah diserap oleh kulit bagi melancarkan peredaran, menentang faktor persekitaran yang merosakkan dan juga membekalkan khasiat kepada kulit kepala.
> Vitamin antioksida iaitu A dan E, dan juga Koenzim Q10 melindungi anda daripada kerosakan akibat radikal bebas dan pencemaran persekitaran.
> Bertindak membekalkan ruang yang optimum untuk rambut anda.
> Formula tanpa bilas memudahkan anda menggunakan dan menggayakannya.
> Tidak menjadikan rambut melekit atau berminyak.
> ProSanté Nourishing Scalp Treatment adalah formula eksklusif, yang terbukti mampu mengurangkan keguguran rambut semasa menyikat dan dapat melebatkan serta menguatkan rambut secara semula jadi apabila digunakan sebagai sebahagian daripada sistem Penjagaan Rambut ProSanté.




Berikut adalah cadangan aturan penggunaan Set Penjagaan Rambut ProSante






NAK ORDER????

Sms/Whatsapp: 019-7665652
Add friend & PM : Noorazizah Ishak
Page : Kasihku Untukmu


Segala testimoni/penulisan mengenai produk di laman ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah atau menyembuhkan apa jua penyakit. Mereka yang mengalami masalah kesihatan diminta rujuk pada pakar perubatan terlebih dahulu...


Dapatkan konsultasi PERCUMA dan TIPS EXCLUSIVE dengan setiap pembelian khas untuk anda! 



COD AREA: Bandaraya JB, Larkin, Skudai, Taman Universiti, Jalan Pontian, Batu Pahat dan Pontian( bila saya balik kampung ye.. ;) )

18 September 2013

SUPPLEMEN DAN PENYUSUAN SUSU IBU



Pengambilan vitamin BUKAN jalan pintas untuk MEMBANYAKKAN susu ibu, vitamin diambil untuk memastikan tubuh ibu sentiasa sihat, bertenaga, ceria & secara tidak langsung mampu merangsang penghasilan susu untuk si comel atau si manja anda... ;)

Konsep asas penyusuan yang perlu difahami ialah :-

SUPPLY VS DEMAND
> Semakin kerap bayi menyusu semakin banyak susu yang dihasilkan oleh Payudara anda dan EMPAT perkara penting yang perlu diamalkan dengan konsisten.

PERTAMA : Kerap menyusukan bayi (ON DEMAND) bagi ibu yang bekerjaya perlu mengepam dengan konsisten setiap 3 jam sehingga payudara benar-benar kosong

KEDUA: Pengambilan air kosong yang mencukupi setiap hari iaitu tidak kurang dai 3 liter sehari.

KETIGA : Makan makanan yang seimbang, tidak digalakkan mengamalkan diet yang keterlaluan.

KEEMPAT : Keperluan rohani untuk ketenangan, membantu penyusuan lancar dengan berzikir dan berdoa.


TIPS PENYUSUAN SUSU IBU 

1. Kerapkan Menyusu / Mengepam
Susukan bayi sekurang-kurangnya setiap 3 jam pada siang hari. Jika bayi tidur lebih daripada 3 jam, kejutkan dia untuk menyusu. Pada waktu malam pula, kejutkan bayi untuk menyusu tambahan terutamanya jika dia tidur lebih daripada 4-5 jam. Perah setiap 3 jam. Jika bayi mahu menyusu ketika memerah, berhenti. Susukan dia dan kemudian sambung semula sesi pemerhan susu. Percaya kepada konsep bekalan dan permintaan. Semakin kerap kosongkan payudara semakin banyak susu dihasilkan. Kerapkan sesi pemerahan sekitar jam 12 tengah malam hingga 6 pagi. Ini kerana hormon prolaktin banyak dihasilkan ketika ini.

2. Jangan Tunggu Payudara Penuh 
Ada sesetengah wanita suka menjadikan payudara penuh sebagai petunjuk bahawa bayinya perlu disusukan. Itu salah! Yakinlah bahawa payudara sentiasa mengandungi susu dan apabila bayi disusukan, ia akan bekerja keras untuk menghasilkan lebih banyak susu. Kajian menunjukkan bahawa tahap lemak dalam susu adalah lebih tinggi apabila tempoh antara satu penyusuan dengan yang lain adalah singkat. Ini bereti, jika anda menyusukan bayi beberapa minit selepas selesai menyusukan bayi (ketika anda beranggapan payudara "kosong"), dia akan memperoleh susu tinggi kandungan lemak yang dapat membantunya menambah berat badan.

3. Minum Banyak Air
Pastikan anda minum banyak air sepanjang tempoh penyusuan mahupun pemerahan susu. Anda digalakkan minum 3 liter air iaitu kira-kira 13 cawan setiap hari.

4. Fikir Bayi Fikir Susu
Ketika menyusu, belailah bayi. Amalan ini dikenali sebagai grooming. Langkah ini tanpa disedari merangsang penghasilan susu. Antara lain, di antara waktu penyusuan dan sejurus sebelum sesi penyusuan bayangkan bayi sedang menyusu di payudara anda. Cara ini, akan merangsang payudara untuk mengeluarkan lebih banyak susu. Masa nak mengepam lihatlah gambar anak sambil berselawat & berzikir Ya Mattin.

5. Berdisiplin
Berdisplin ketika memerah susu. Jangan sesekali "ponteng" sesi pemerahan. Bila hujung minggu jangan ponteng mengepam. Masa hujung minggu la masa yang boleh untuk buat stok. Bagaimana? Guna tip #6 dan #7.

6. Tendum Nursing
Latih diri untuk menyusu dan perah susu serentak menggunakan pam payudara elektrik. Disamping anak dapat menyusu, kita dapat juga mengumpul stok.

7. Teknik Marmet
Jadikan teknik Marmet sebagai amalan wajib kerana ia terbukti boleh menghasilkan lebih banyak susu. Dengan hanya menggunakan pam, cuma 60 - 70% susu boleh dikumpul tetapi dengan teknik Marmet selepas menggunakan pam, ia dapat mengoptimumkan pengumpulan susu anda sehingga 100%. So lepas pump jangan terus cuci corong. Buat perahan guna tangan. Sangat membantu. Kalau dengan menggunakan pump dpr 3.5oz sebelah payudara, buat marmet boleh tambah jadi 4-4.5oz. Walaupun nampak sikit, tapi ada beza.

8. Menyusu / Mengepam Lebih Lama 
Jangan hadkan masa setiap kali menyusukan bayi di sebelah payudara mahupun mengepam. Biarkan dia menyusu sebelah bahagian sehingga puas sebelum menawarkannya menyusu di bahagian payudara yang lain. Ini akan memberinya peluang untuk mendapatkan susu berlemak tinggi (hindmilk). Jika anda terlalu cepat menawarkan payudara sebelah lagi, dia hanya mendapat foremilk, di mana hanya perutnya sahaja yang penuh tetapi tidak memberi kalori mencukupi untuk tumbesarannya. Seeloknya jika anda mengepam, amik masa dlm 15-20 minit untuk sebelah payudara. Pastikan payudara benar-benar kosong selepas menyusukan bayi / selepas memerah bagi merangsang otak meghasilkan susu seterusnya. Ia dapat dipastikan dengan hanya titisan susu yang keluar. Mengepam lebih lama juga bleh buat let down 2-3kali. Tak percaya buat. Konsisten + disiplin + istiqamah

9. Penyusuan Malam
Amalan menyusukan bayi di waktu malam sangat bagus kerana ia merangsang peningkatan susu. Ini kerana di waktu malam, anda berdua lebih relaks lalu membolehkan bayi menyusu lebih lama dan kerap. Penyusuan malam turut merangsang hormon prolaktin yang memainkan peranannya menghasilkan lebih banyak susu.

10. Urutan
Teknik urutan payudara yang betul akan membantu susu mengalir dengan lancar. Apatah lagi sewaktu anda mengalami bengkak susu ataupun sakit puting. Untuk itu, anda perlu menuam payudara dengan tuala yang telah direndam di dalam air suam.



AMALAN, DOA DAN ZIKIR UNTUK MEMPERBANYAKKAN SUSU IBU

> Baca surah albaqarah ayat 60; letakkan tangan pada payudara, usap, dan doa dalam hati semoga Allah murahkan rezeki anak kita & supaya kita mampu keluarkan susu yang cukup pada anak kita hingga sekurang-kurangnya umurnya 2 tahun.

Maksud ayat : Dan (ingatlah) ketika Nabi Musa memohon supaya diberi air untuk kaumnya, maka Kami berfirman: “Pukullah batu itu dengan tongkatmu”, (ia pun memukulnya), lalu terpancutlah dari batu itu dua belas mata air sesungguhnya tiap-tiap satu puak (di antara mereka) telah mengetahui tempat minumnya masing-masing. (Dan Kami berfirman): “Makanlah dan minumlah kamu dari rezeki Allah itu, dan janganlah kamu merebakkan bencana kerosakan di muka bumi”.

> Berzikir dgn kalimah YA MATIN (Maha Sempurna KekuatanNya) 70 kali setiap hari. Waktu yg paling bagus adalah pada waktu malam dan subuh. Anda juga boleh bacakan zikir tersebut dan hembuskan ke dalam segelas air lalu diminum.

> Baca doa untuk ibu-ibu- “Ya ALLAH…permudahkanlah segala urusan kehidupanku, banyakkanlah susuku untuk bayiku, dan permudahkanlah perjalananku untuk menyusukan anakku agar menuruti segala yang telah Engkau syariatkan…AMIN…”

> Baca Selawat dan bismillah sebelum menyusu dan mengepam.

~ In sha Allah, segala usaha yang diiringi dengan doa akan membuahkan hasil ~
~ Berikanlah yang terbaik untuk si manja kita ~



Salam Kasih,
♥♥ MAMA PUTERIALEIYA ♥♥

15 September 2013

KRISIS PEMULIHAN SEMASA PENGAMBILAN SUPPLEMEN

"Sejak makan supplement ni saya rasa pening2, sakit kepala, rasa panas..kenapa ye?"

Sesetengah orang akan melalui suatu jangkamasa penyesuaian apabil mengambil supplement dietry. Simptom-simptom ini kelihatan seperti penyakit, tetapi sebenarnya tidak. Ianya adalah tindakbalas oleh tubuh kita kerana kekurangan khasiat disebabkan tabiat pemakanan kita. Apabila makanan berkhasiat dibekalkan mengejut oleh supplement, krisis pemulihan terjadi.

Sewaktu jangkamasa penyesuaian, ada kemungkinan penyakit-penyakit yang pernah dilalui tubuh dahulu akan mungkin kembali. Biasanya ia akan terjadi untuk beberapa hari, walaubagaimanapun, tubuh yang lemah akan mengambil masa yang lebih lama untuk pulih.

Keadaan ini disebabkan oleh toksin yang telah tertimbun didalam tubuh kira untuk jangkamasa yang lama - sisa-sisa makanan berkimia, lemak dan stress ditambah dengan diet takseimbang, kurang tidur, antibiotik atau pengambilan ubat-ubatan. Supplement dietry membantu mempertingkatkan sistem imun kita, kebolehan detoksifikasi serta pengawalan organ-organ kita.

Pada waktu detoksifikasi ini, ada kemungkinan pening, kelesuan, sakit kepala, ketidakhadaman (perut kembung, lapar), cirit birit, kahak berlebihan, air kencing yang keruh, berpeluh dll. Simptom-simptom ini berbeza antara individu dan akan berlalu 1 hingga 2 minggu.

Diwaktu jangkamasa krisis pemulihan ini, minumlah banyak air kosong, rehat secukupnya dan makanlah leboh sayuran dan buahan. Selagi mana kita memahami ini adalah simptom pemulihan, kita akan mudah melalui fasa ini.



So, pastikan minum air kosong sekurang-kurangnya 3liter sehari bagi memudahkan proses detoksifikasi berlaku..


Salam Kasih,
♥♥ MAMA PUTERIALEIYA ♥♥

10 September 2013

OMEGA GUARD SHAKLEE DAN KEBAIKANNYA...



Kalau sebut Omega Guard Shaklee mungkin tidak ramai yang kenal. Kalau sebut DHA mungkin lebih popular kerana dalam Omega Guard Shaklee ini juga mengandungi DHA yang sangat baik untuk otak.


JOM KITA RISIK-RISIK APA FUNGSI OMEGA NI..


Omega-3 terdiri daripada EPA dan DHA. Terdapat pelbagai fungsi EPA dan pelbagai tugas DHA kepada tubuh badan kita.


Fungsi EPA

# Mencegah kanser
# Mencegah pembekuan darah
# Mengawal kadar kolestrol yang berlebihan
# Baik untuk pesakit jantung
# Menghindar tekanan perasaan
# Mencegah penyakit darah tinggi



Tugas DHA
# Mencegah asma
# Meningkatkan daya seksual
# Mencegah sakit kulit
# Mengelakkan kanser payu dara
# Mengelak kanser prostat
# Menghindar daripada migrain, rasa kebas pada anggota badan
# Mengelakkan rasa sejuk pada kaki dan tangan

Apakah kebaikan Omega Guard Shaklee?

Melindungi Jantung Anda*
Omega Guard Shaklee membekalkan asid lemak omega-3 yang berpotensi ultratulen dengan spektrum penuh bergred farmaseutikal.

Membantu Mengurangkan Risiko Penyakit Jantung
Satu penyelidikan yang menyokong fakta tersebut tetapi bukan muktamad menunjukkan bahawa pengambilan asid-asid lemak omega-3 seperti EPA dan DHA boleh mengurangkan risiko penyakit jantung koronari.
Penyelidikan juga menunjukkan bahawa paras asid lemak omega-3 yang tinggi dapat memperbaiki kesihatan kardiovaskular di samping membantu memelihara tekanan darah dan paras trigliserida yang normal. Tambahan lagi, omega-3 dapat memelihara kesihatan otak, penglihatan dan fungsi-fungsi sendi.

Mencegah Penyakit Saluran Darah dan Strok
DHA dan EPA boleh menentang thrombosis, tekanan darah tinggi yang lebih rendah dan kepekatan darah, melincirkan saluran darah, dan peredaran darah yang lancar.
Oleh itu, ia membantu mengekalkan tahap kesihatan trigliserida dan kolestrol LDL, mengawal masalah obesiti, membantu mengurangkan risiko penyakit jantung.

Membantu Tumbesaran dan Perkembangan Otak Janin dan Perkembangan Memori
DHA adalah nutrien utama untuk otak, sistem saraf dan retina. Ia penting terutamanya pada 3 bulan terakhir perkembangan otak janin semasa dalam kandungan.
Susu ibu mengandungi kandungan DHA yang tinggi.
DHA meningkatkan keupayaan ingatan dan pembelajaran, mencegah penyakit Alzheimer, memelihara penglihatan dan pendengaran dan mencegah migrain.

Meningkatkan Sistem Imun dan Menyihatkan Paru-Paru
Mengawal sistem imun seperti memperbaiki alahan kulit, psoriasis, demam hay, bronkitis, penyakit lelah hepatitis, SLE(Lupus Erythematosus) dan penyakit buah pinggang

Menentang Kanser
Kajian telah menunjukkan bahawa Omega-3 boleh mencegah kanser paru-paru, payudara, prostat dan kolon. Ia juga boleh meningkatkan enterogastritis, merangsang kesihatan hati selepas pembedahan dan membantu pankreas pesakit kanser untuk berfungsi dengan lebih efektif.

Memelihara Fungsi Sendi(arthiritis)
Paras asid lemak Omega-3 larut dalam tisu rawan. Oleh sebab itu ia boleh mencegah kemusnahan enzim yang membentuk tisu rawan. 
Ia mencegah arthritis, memelihara fungsi-fungsi sendi dan gout dengan efektif.

Mencegah Insomnia dan Membantu Mengurangkan Tekanan
Kajian telah menunjukkan bahawa EPA dan DHA mempunyai keupayaan untuk menstabilkan emosi dan membantu dalam perkembangan kesihatan mental, termasuk kemurungan, tekanan, kebimbangan,insomnia, authism, kanak-kanak hyperaktif dan penyakit schizophenia.

Ultratulen dan Bergred Farmaseutikal
OmegaGuard dihasilkan melalui suatu proses penyulingan proprietari tiga molekul yang memekatkan asid lemak omega-3 yang bermanfaat dan semulajadi sementara menyingkirkan bahan-bahan berbahaya seperti merkuri dan plumbum yang terdapat di dalam kebanyakan jenis ikan.





Minyak Ikan Terbaik Di Dunia
Mengandungi satu rangkaian penuh 7 jenis asid lemak omega-3 semulajadi iaitu EPA, DHA, ALA dan lain-lain lagi. EPA menyihatkan jantung dan sendi anda manakala DHA pula penting bagi perkembangan dan fungsi otak.*
Sumber : Shaklee Malaysia


Siapa Perlukan Omega Guard Shaklee?

Ibu Hamil
> Membantu perkembangan otak bayi semasa dalam kandungan.
> Mengurangkan risiko bayi lahir pra-matang ataupun dikenali sebagai bayi tak cukup bulan
> Mengurangkan risiko gila meroyan selepas melahirkan bayi
> Mengawal kenaikan berat badan ibu semasa hamil

Ibu Menyusu
> Membekalkan khasiat untuk sistem imunisasi kepada anak dan membantu perkembangan otak juga.
> Membantu penurunan berat badan ibu tanpa jejas penghasilan susu dan kualiti susu

Kanak-kanak

> Pertumbuhan badan yang sihat dan juga untuk kesihatan otak
> Sesuai untuk anak yang mudah jatuh sakit seperti batuk, selesema, asma
> Memperkuat sistem imunisasi badan

Mereka yang mengalami masalah berat badan

> Omega 3 meningkatkan hormon Leptine yang mengawal selera makan dan akan terasa kenyang lama.

Sering dilanda masalah kesihatan
> Batuk berkahak, selesema berterusan
> Sakit-sakit sendi, kolestrol tinggi, Gout
> Sakit Stroke
> Bronkitis, Lelah



Cadangan pengambilan :

} Untuk penjagaan kesihatan : 2 kali sehari, 2 hingga 4 biji (sebelum @ sesudah makan)
} Untuk sakit tulang, kolesterol tinggi, tekanan darah tinggi: 2 kali sehari 2 biji setiap kali pengambilan.


JOM DAPATKAN OMEGA GUARD SHAKLEE UNTUK SEISI KELUARGA ANDA..

HARGA RUNCIT : WM - RM 136.00
                             EM - RM 140.00

Itu harga runcit ye... Nak HARGA TERMURAH??


Sms/Whatsapp: 019-7665652
Add friend & PM : Noorazizah Ishak
Page : Kasihku Untukmu


Segala testimoni/penulisan mengenai produk di laman ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah atau menyembuhkan apa jua penyakit. Mereka yang mengalami masalah kesihatan diminta rujuk pada pakar perubatan terlebih dahulu...


Dapatkan konsultasi PERCUMA dan TIPS EXCLUSIVE dengan setiap pembelian khas untuk anda! 



COD AREA: Bandaraya JB, Larkin, Skudai, Taman Universiti, Jalan Pontian, Batu Pahat dan Pontian( bila saya balik kampung ye.. ;) )

8 September 2013

PEPPERMINT GINGER PLUS DAN KELEBIHANNYA

Peppermint Ginger Plus dari Shaklee mempunyai kelebihan dan kebaikan yang banyak setanding dengan vitamin-vitamin Shaklee yang lain. Kebaikan dan kelebihan yang ada pada produk ini menyebabkan ia menjadi pilihan ramai pengguna yang mempunyai masalah berikut:

♥ Wanita mengandung yang mempunyai masalah loya dan morning sickness
♥ Mereka yang gemar mengembara dan serik mengalami mabuk laut/darat
♥ Mereka yang sering mengalamimasalah gastrik dan angin
♥ Mereka yang sering mengalamikembung perut
♥ Mereka yang sering mengalamimasalah pencernaan.





Peppermint Ginger diperbuat dari bahansemulajadi dan bukan bahan sintetik. Ia telah diuji secara klinikal dan terbukti mengatasi masalah-masalah yang dinyatakan. Kelebihan Peppermint Ginger diterangkan melalui kandungan bahan herba terpilih iaitu 4 herba dari Barat dan Timur iaitu:




Pudina (Peppermint)

★ Melegakan otot perut, Ia mempunyai kesan penenang
★ Membantu dalampenghadaman.
★ Membantu mengurangkanmabuk laut/darat.
★ Membantu melegakan kesakitan gastrik, pedih ulu hati dan cirit-birit
★ Selain itu, ia melegakan kesan-kesan sampingan sepertimuntah dan kehilangan selera makan yang timbul kesan dari rawatan kemoterapi.
★ Pudina meransang pengeluaran peluh, oleh itu menyekat demam apabila seseorang itu mengalami selsema
★ Rasa sejuk dan menyegarkan daripada pudina membantu memelihara pemikiran yang jelas dan meningkatkan fokus.






Halia

★ Halia meransang rembesan enim salvia untuk pencernaan makanan.
★ Ia melegakan ketidakselesaan perut dan usus, sakit haid, loya dan mual angin ketika mengandung, selepas melahirkan anak (semasa pantang).
★ Satu kajian di United Kingdom menunjukkan bahawa halia menghalang muntah selepas pembedahan.




Pokok adas (fennal)

★ Orang-orang Eropah mengambil biji adas selepas makan untuk menghilangkan kembung perut. Ia melegakan sakit perut, melegakan gejala flu.
★ Juga, Ia dapat membantu dalammasalah elergi dalam saluran usus.





Cekur Manis (anise)

★ Digunakan oleh orang-orang Mesir purba. Ia melegakan masalah pencernaan dan gejala kesakitan haid, batuk dan kahak.
★ Meransang rembesan jus gastrik untuk pencernaan, menahan kulat yang menyebabkan penyakit kulit yang biasa
★ Melegakan haba dimusim panas dan lembab
★ Memberi peredaran tenaga di dalam badan dan lembut pada perut




Berminat??
Sms/Whatsapp: 019-7665652
Add friend & PM : Noorazizah Ishak
Page : Kasihku Untukmu


Segala testimoni/penulisan mengenai produk di laman ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah atau menyembuhkan apa jua penyakit. Mereka yang mengalami masalah kesihatan diminta rujuk pada pakar perubatan terlebih dahulu...


Dapatkan konsultasi PERCUMA dan TIPS EXCLUSIVE dengan setiap pembelian khas untuk anda! 



COD AREA: Bandaraya JB, Larkin, Skudai, Taman Universiti, Jalan Pontian, Batu Pahat dan Pontian( bila saya balik kampung ye.. ;) )

3 September 2013

BATU KARANG DAN PENAWARNYA




Penyakit batu karang terbentuk apabila perubahan belaku pada kira kira air garam, mineral dan bahan bahan lain yang di temui dalam air kencing. Sebatian kimia lain yang boleh membentuk batu-batu dalam saluran kencing termasuk asid urik dan cystine asid amino. Dehidrasi memalui pengurangan pengambilan cecair dan senaman berat tanpa penggantian cecair yang mencukupi meningkatkan risiko batu karang. Sesetengah orang lebih cenderung untuk mendapatkan batu karang kerana keadaan perubatan atau sejarah keluarga, sebagai kecenderungan untuk membentuk batu buah pinggang juga boleh di warisi.


Tanda sakit batu karang atau symtoms and sign of a kidney stone

Batu karang sering menyebabkan kesakitan semasa mereka berada dalam buah pinggang, tetapi ia boleh menyebabkan tiba-tiba sakit teruk kerana mereka bergerak dari buah pinggang ke pundi kencing. Gejala dan tanda-tanda termasuk menyeksa, kekejangan sakit di bahagian belakang lebih rendah dan/ atau sampingan pangkal paha, atau abdomen serta darah dalam air kencing. Jika jangkitan hadir dalam saluran kencing bersam-sama dengan batu itu, mungkin ada demam dan mengigil, perlu mendapat rawatan dengan segera.

Bagi individu yang mengalami masalah batu karang pandun di bawah mungkin boleh membantu meningkatkan kesihatan.



*Minum banyak air masak/kosong/suam untuk membersihkan air kencing

*Elakkan minuman manis, terutama minuman bekabonat (banyak asid)

*Kekurangan vitamin B6 dan potassium menyebabkan pembentukan batu karang. Makanan seperti barli kentang keledek berasaskan tepung gandum bunga kobis dan pisang boleh mengatasi masalah kekurangan ini.

*Elakkan makanan kaya asid oksalik seperti tamato bayam lobak merah daging strawberi koko coklat dan teh.

*Kekurangan pengambilan garam dan gula termasuk ikan masin,jeruk dan coklat

*Banyak makan sayur sayuran dan buah-buahan kaya serat.

*Kurangakan sumber protein haiwan,sebaliknya gantikan dengan protein tumbuh-tumbuhan.

*Kurang minum kopi teh dan alkohol.


Penawar Batu Karang

Bagi yang ingin mencuba secara tradisional boleh cuba cara-cara di bawah ni:-

1. POKOK BUNGA MATAHARI
  • Didihkan sebatang pokok matahari bersama akarnya. Biarkan sehingga airnya tinggal kira-kira satu gelas.
  • Setelah sejuk tapis dan minum seperti air teh dan di ulangi sehigga beberapa hari.
2. NANAS

Nanas penawar sembuh penyakit batu karang.

  • Bagi penghidap penyakit batu karang , kupas sebiji nenas dan cincang. Campurkan segelas air serta sedikit garam dan kisar halus. Minum air nanas segelas setiap hari. atau cuba cari salur nenas campur dengan gula batu. InyaALLAH boleh sembuh.
3. LOBAK PUTIH


Lobak putih

  • Minum air lobak putih yang dijadikan jus seminggu 2 kali jangan diamalkan hari-hari sebab air 1/2 lobak putih adalah tajam.

4. EPAL HIJAU


Epal hijau, minyak zaitun

  • 5hari yang pertama minum 4 gelas air epal hijau setiap hari, kalau makan 4 5 biji epal hijau pun boleh juga.
  • Jus epal ni melembutkan batu karang.


SHAKLEE juga membantu penghidap penyakit batu karang ini untuk kekal sihat..



Cadangan Vitamin bagi penghidap batu karang





B-Complex 
- menurunkan oksalat (garam mineral) yg membentuk batu karang

Vita-C 
- mengasidkan urin dan batu karang tidak akan terhasil dlm urin berasid

OsteMatrix 
- mengandungi Magnesium yg menurunkan oksalat & mencegah pembentukan batu karang

Alfalfa Complex 
- mengurangkan infeksi & inflamasi

Carotomax 
- menyembuhkan luka di urinari akibat batu karang

Lecithin 
- membekar lemak berlebihan yg mendorong pembentukan batu karang



Berminat??
Sms/Whatsapp: 019-7665652
Add friend & PM : Noorazizah Ishak
Page : Kasihku Untukmu


Segala testimoni/penulisan mengenai produk di laman ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah atau menyembuhkan apa jua penyakit. Mereka yang mengalami masalah kesihatan diminta rujuk pada pakar perubatan terlebih dahulu...


Dapatkan konsultasi PERCUMA dan TIPS EXCLUSIVE dengan setiap pembelian khas untuk anda! 



COD AREA: Bandaraya JB, Larkin, Skudai, Taman Universiti, Jalan Pontian, Batu Pahat dan Pontian( bila saya balik kampung ye.. ;) )

ZINC SHAKLEE DAN KELEBIHANNYA...

"Selepas pengambilan zinc selama 10 hari..luka ibu dah sembuh dan bercantum kembali..."


TESTIMONI ZINC COMPLEX SHAKLEE


Kelebihan Zinc Complex Shaklee

♥ Memperbaiki Radang Kulit - Kajian menunjukkan pengambilan zinc mampu memperbaiki keradangan kulit seperti jerawat dan akne.
♥ Ekzema - Juga dikenali sebagai dermatitis atopik di mana sebahagian besar disebabkan oleh kekurangan zinc dalam tubuh.
♥ Membentuk Kolagen - Membantu pembentukan protin dan kolagen untuk pertumbuhan kulit, kuku dan organ.
♥ Penyembuhan Luka - Mempercepatkan penyembuhan luka luaran atau dalaman,terutama luka selepas pembedahan, luka akibat jerawat, alergi dan bintik di kulit.
♥ Gangguan Prostat - Melindungi kesihatan prostat, Memperbaiki dan menyembuh benign prostatomegaly dan keadaan kerap kencing.Kajian menunjukkan pengambilan zinc setiap hari dapat mengurangkan prostatomegaly/pembengkakan prostat dalam kadar 70%
♥ Mempertingkatkan Sistem Imuniti- Merangsang kelenjar thymus untuk mengeluarkan T-cells untuk menentang kanser dan juga menghalang jangkitan.
♥ Mengurangkan Rambut Gugur - Dapat mengatasi masalah keguguran rambut yang boleh menyebabkan botak.
♥ Ovulasi Wanita - Zinc diperlukan dalam proses ovulasi dan membantu penguncupan uterus serta mengembalikan daya ketahanannya.
♥ Memperbaiki Diabetes - membantu pengeluaran insulin.
♥ Mengurangkan Bintik Putih Kuku- Bintik putih di kuku menunjukkan kekurangan zinc.
♥ Kemampuan Seks Lelaki - Pengambilan dalam jangka masa yang panjang dapat membaiki masalah kemampuan seks lelaki, impoten dan meningkatkan kiraan sperma.
♥ Mengekalkan Deria - Dapat memperbaiki deria bau dan rasa.



Nutrition Fact: Sebiji Zinc Shaklee membekalkan 15mg (100%) keperluan harian dan 115mg Calcium (12% daripada keperluan harian). dan oh ya Zinc bukan sahaja membantu menguatkan kutikel rambut tetapi ia dapat meningkatkan daya ingatan dan tempoh penumpuan


EXTRA:
★ zinc ni pun bagus utk kesuburan tau!! Ramai yang ambil untuk tingkatkan kesuburan...
☆ Ada juga yg ambil sebab masalah keguguran rambut. ..

Kesimpulannya setiap produk Shakle banyak khasiatnya!!!




Berminat??
Sms/Whatsapp: 019-7665652
Add friend & PM : Noorazizah Ishak
Page : Kasihku Untukmu


Segala testimoni/penulisan mengenai produk di laman ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah atau menyembuhkan apa jua penyakit. Mereka yang mengalami masalah kesihatan diminta rujuk pada pakar perubatan terlebih dahulu...


Dapatkan konsultasi PERCUMA dan TIPS EXCLUSIVE dengan setiap pembelian khas untuk anda! 



COD AREA: Bandaraya JB, Larkin, Skudai, Taman Universiti, Jalan Pontian, Batu Pahat dan Pontian( bila saya balik kampung ye.. ;) )




1 September 2013

OFFER BULAN SEPT '13 - COQ10!!! GRAB NOW!!!


JOM REVIEW SIKIT KEISTIMEWAAN CoQ10 NI!!!

Coenzyme Q10 Dan Kepentingannya

* CoQ10 merupakan zat makanan larut lemak yg hadir semulajadi dan ditemui di setiap sel tubuh supaya ia berfungsi dengan baik. Namun, ia lebih banyak ditemui dalam organ2 yg bekerja lebih keras & memerlukan tenaga selular yg banyak seperti jantung, hati, buah pinggang & pankreas.

* CoQ10 amat penting bagi jutaan sel tubuh menghasilkan tenaganya sendiri untuk kekal berfungsi. Sel2 tubuh membakar gula & lemak daripada makanan yg kita makan. Nutrien ini terurai dan ditukar kpd tenaga.Proses peruraian ni perlukan kehadiran CoQ10 sebagai pencetus tenaga.

* Proses ni berulang beribu kali setiap saat utk membolehkan jantung kekal berdegup & membolehkan organ2 tubuh lain berfungsi membekalkan tenaga secara berterusan.TANPA Coq10, sel2 lain tak dapat menghasilkan tenaga & organ tubuh tak dapat berfungsi dgn baik bagi menyokong kehidupan.




* CoQ10 telah ditunjukkan dapat membantu mengukuhkan otot2 jantung, menyokong keupayaan mengepam darah & memperbaiki peredaran darah ke seluruh tubuh.

* CoQ10 juga menyokong pertalian antara saluran darah yg menyumbang kpd paras tekanan darah sihat/normal.

* CoQ10 bertindak sebagai satu antioksidan kuat dan membantu melindungi arteri bagi menangani masalah pengoksidaanLipoprotin Berkepekatan Rendah (LDL) & memudahkan pengaliran darah - penting dlm membantu menyokong fungsi saluran darah termasuk pengaliran darah ke jantung.


Keperluan Harian CoQ10 Dalam Diet Kita

Biasanya kita hanya ambil kurang 10mg jumlah CoQ10 sehari seperti jadual kat bawah:



Memang tak cukup kalau nak diikutkan. Tambahan pulak, semakin meningkat umur kita, makin menurun keupayaan tubuh utk hasilkan CoQ10.

Gambar bawah ni ialah daripada satu penyelidikan. Umur 20 tahun kita hasilkan paling tinggi tahap CoQ10 tapi menurun 20 tahun berikutnya. So, tengok kat situ pada usia 40 tahun jantung hanya berjaya hasilkan 68.2% drpd jumlah CoQ10 berbanding masa usia 20 tahun... 



Faktor yg menurunkan lagi paras CoQ10 dlm badan kita:

♥ diet tak seimbang (memang susah nak dapat kita makan seimbang setiap hari kan?)
♥ pendedahan terhadap radikal bebas
penggunaan ubat2 tertentu spt dadah utk mengurangkan kolestrol (maka ambillah Omega Guard Shaklee!)


Inilah Penyelesaiannya!

** CoQHealth Plus **


~Ia mengandungi kesemua proprietary semulajadi daripada campuran 28mg CoQ10 dengan Vitamin E dan ekstrak Teh Hijau dalam 1 kapsul bioketersediaan dgn system penyampaian minyak kacang soya utk penguraian maksimum dan penyerapan yg lebih baik ~


Perbezaan Shaklee:
♥ 1 kapsul CoQHealth Plus = 28mg CoQ10 = 1.7kg ayam atau 28 cawan brokoli!
♥ CoQ10 + Vitamin E = mengukuhkan keupayaan antioksidan yg terdapat dalam Vitamin E. CoQ10 bantu kitar & jana semula ♥ Vitamin E, untuk memberikan perlindungan antioksidan berterusan terhadap sel2 tubuh.
♥ Ekstrak Teh Hijau (mengandungi procyanidins) - menyokong kesihatan endothelium (lapisan tisu antara kapilari darah & jantung)
♥ CoQ10 dari kaedah penapaian yis semulajadi - bahan mentahnya merupakan satu2nya CoQ10 semulajadi dari yis yg ditapai (sumber telah diuji dan diyakini ramai mempunyai kualiti tinggi dlm sumber bioketersediaan CoQ10.
♥ Tanpa Gluten.


CoQ10 ditunjukkan dapat:

♥ menyokong penghasilan tenaga bagi jantung
♥ menggalak dan melindungi arteri sihat terhadap pengoksidaan LDL
♥ Meningkatkan peredaran darah
♥ Membantu menambah dan mengekalkan paras CoQ10 dalam darah

Dos: 1 kapsul sehari selepas makan

* Jauhi dari kanak-kanak. Ibu mengandung, menyusu bayi atau pengamal ubat tekanan darah tinggi perlu mendapatkan nasihat pakar sebelum menggunakannya.


Info dari : ummi ku

Salam Kasih, 
♥ MAMA PUTERIALEIYA ♥


Berminat??
Sms/Whatsapp: 019-7665652
Add friend & PM : Noorazizah Ishak
Page : Kasihku Untukmu


Segala testimoni/penulisan mengenai produk di laman ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah atau menyembuhkan apa jua penyakit. Mereka yang mengalami masalah kesihatan diminta rujuk pada pakar perubatan terlebih dahulu...


Dapatkan konsultasi PERCUMA dan TIPS EXCLUSIVE dengan setiap pembelian khas untuk anda! 



COD AREA: Bandaraya JB, Larkin, Skudai, Taman Universiti, Jalan Pontian, Batu Pahat dan Pontian( bila saya balik kampung ye.. ;) )