16 August 2013

GOUT DAN CARA MERAWATNNYA


Wah...raya ni seronok makan ye..banyak yang di jamu...open house sana..open house sini...Marhaban... semua nya menghidangkan makanan yang memang memikat selera...xkira la tua ke muda..semua belasah je.. 

Ha!! kena ingat ye..makan 2 makan jugak..kesihatan kena jaga... jangan sampai dah sakit baru la nak menggelabah...

Saya nak kongsi sikit dalam entri kali ni berkenaan dengan penyakit gout...macamana penyakit ni boleh menyerang??? macamana pulak nak ubati nya....

GOUT

Gout adalah sejenis penyakit akibat berlebihan asid urik di dalam badan. Asid urik adalah bahan kumuhan berasal dari sejenis protein yang dipanggil purin.Badan kita membuang bahan kumuhan ini melalui air kencing (urin).Bagi pengidap gout, asid urik yang berlebihan tidak dibuang dan berkumpul di dalam sendi.Ia adalah salah satu penyakit yang paling lama dihidapi manusia, sejak zaman dahulu kala lagi.Pada masa dahulu gout boleh menyebabkan kemudaratan dan kecacatan, kini dengan kemajuan dalam bidang perubatan, gout boleh dikawal.Ia sering dihidapi oleh kaum lelaki dalam lingkungan usia antara 30 hingga 60 tahun.Ia jarang sekali dihidapi oleh kaum wanita sebelum putus haid.



Tanda2 Gout

1.Gout lazimnya menyerang ibu jari kaki.
2.Ibu jari kaki menjadi merah, panas, bengkak dan tersangat sakit.
3.Serangan selalunya berlaku secara tiba-tiba, kerap kali semalaman.
4.Sendi yang diserang menjadi bisa sehinggakan geseran dengan selimut pun begitu menyeksakan.
5.Sakit mungkin berlarutan berhari-hari, atau sekurang-kurangnya 1-2 minggu untuk reda jika tidak dirawat.
6.Sakit mungkin menyerang kembali selepas berminggu atau bulan.
7.Gout boleh menyerang sendi-sendi lain seperti buku lali, lutut, pergelangan tangan dan jari.

Komplikasi

1.Asid urik boleh berkumpul di bawah kulit membentuk benjolan di panggil ’tophi’
2.Dalam saluran urinari (air kencing), ia boleh berkumpul membentuk ’batu karang’.
3.Penghidap gout juga sering menghidapi penyakit atau masalah kesihatan lain seperti:
  - Kegemukan
  - Darah tinggi
  - Hiperlipidemia
  - Diabetes


ELAKKAN DAN KURANGKAN MAKAN
  • Organ dalaman seperti hati, paru-paru, ginjal dan otak
  • Ikan bilis, kembung, sardin
  • Daging cincang
  • Ekstrak daging, ragi (seperti Marmite) dan kiub rebusan daging
  • Makanan bercengkerang seperti ketam, udang dan kerang 
  • Asparagus, bunga kobis, cendawan dan bayam
  • Peanuts, lentil, beans and peas
  • Poultry
  • Roti jagung dan bijirin


PENCEGAHAN
  • Rehatkan sendi semasa serangan gout.
  • Sentiasa peka terhadap tanda-tanda awal serangan. Jika rawatan dimulakan awal, penyakit ini tidak akan melarat.
  • Menjaga berat badan – kegemukan boleh mengganggu keupayaan badan untuk mengeluarkan asid urik yang berlebihan 
  • Mengelakkan minuman keras
  • Pemakanan – elakkan pengambilan makanan yang mengandungi purin yang tinggi
  • Sesetengah daging binatang, makanan laut, kekacang mengandungi purin yang tinggi.
  • Ubah cara hidup anda untuk memastikan paras asid urik yang normal
  • Amalkan cara hidup sihat untuk mengelak dari menghidap penyakit-penyakit yang berhubungkait dengan gout
  • Minum banyak air
  • Gout boleh diwarisi tetapi faktor persekitaran juga memainkan peranan
  • Gout adalah penyakit yang boleh dirawat. Pada zaman dahulu, gout merupakan salah satu penyebab kerosakan dan kecacatan sendi. Pada hari ini, dengan rawatan yang baik, ianya boleh dikawal.

Adalah penting untuk mengamalkan cara hidup sihat.

Shaklee juga mempunyai alternatif di samping ubat-ubatan yang disarankan oleh pakar perubatan. Pesakit gout disarankan mengambil suplemen-suplemen berikut:

  
 Alfalfa
- untuk menyingkirkan toksik secara lembut dari badan. Namun pengambilan alfalfa memerlukan pesakit mengambil air yang banyak.


 Performance drink
- memastikan tubuh pesakit sendiri mempunyai kandungan air dan gula yang cukup agar tidak dehydrate.


OmegaGuard

- Ini sangat penting bagi pesakit yang mengalami gout yang sangat teruk. Omega penting untuk mengelakkan inflamation pada sendi2 pesakit. Ianya sebagai langkah berjaga2 sebelum bengkak itu menjadi lebih teruk.


JAGA KESIHATAN YE..SEBELUM JADI LEBIH TERUK...
SAYANGI LAH DIRI..


Salam Kasihku Untukmu,
MAMA PUTERIALEIYA

Nak order??


Sms/Whatsapp: 019-7665652
Add friend & PM : Noorazizah Ishak
Page : Kasihku Untukmu


Segala testimoni/penulisan mengenai produk di laman ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah atau menyembuhkan apa jua penyakit. Mereka yang mengalami masalah kesihatan diminta rujuk pada pakar perubatan terlebih dahulu...

 Dapatkan konsultasi PERCUMA dan TIPS EXCLUSIVE dengan setiap pembelian khas untuk anda! 

No comments:

Post a Comment